Seseorang individu perlu menjadi pengundi dan penduduk di sesuatu kawasan untuk permohonan bantuan kebajikan diluluskan.
Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata pusat khidmatnya kini berdepan dengan situasi di mana terdapat banyak pihak yang memohon bantuan kebajikan adalah daripada golongan bukan pengundi di kawasan itu.
"Saya selalu lihat ada banyak permohonan bantuan kebajikan tetapi anehnya para pemohon merupakan bukan pengundi dan penduduk di kawasan ini. Sebagai sebuah kerajaan yang perihatin kepada mereka yang berdepan dengan masalah ekonomi atau masalah kesihatan tetapi perlu patuhi syarat menjadi pengundi dan penduduk di sini.
"Terdapat beberapa pihak yang memohon bantuan kebajikan daripada dua buah kawasan iaitu kawasan yang dihuni dan kawasan mengundi. Kita tidak mahu jadi seperti ini kerana ini adalah peraturan daripada Kerajaan Persekutuan, kita tidak boleh melangkaui batas ke kawasan lain," kata Lim ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa bersama Khariah Surau Kampung Sungai Nyior di sini pada Ahad.
Dalam masa yang sama Lim yang juga Menteri Kewangan turut mengingatkan orang ramai khususnya golongan B40 agar membuat permohonan mySalam untuk perlindungan kesihatan khususnya daripada 36 jenis penyakit berisiko.
Katanya, inisiatif itu merupakan usaha kerajaan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan perubatan yang diperlukan.
"Kita tahu ada keluarga yang kurang berkemampuan yang tidak mampu membeli insurans.
Kerajaan telah merangka satu skim baru yg tidak pernah diberikan sebelum ini di Malaysia dan di negara-negara Asia Tenggara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2019
Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata pusat khidmatnya kini berdepan dengan situasi di mana terdapat banyak pihak yang memohon bantuan kebajikan adalah daripada golongan bukan pengundi di kawasan itu.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Wajib jadi pengundi di kawasan setempat jika mahu mohon bantuan kebajikan
Seseorang individu perlu menjadi pengundi dan penduduk di sesuatu kawasan untuk permohonan bantuan kebajikan diluluskan.