Wabak Measles atau campak meningkat tiga kali ganda di seluruh negara sehingga September lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata bilangan kes disahkan campak meningkat kepada 602 kes (26.3 per sejuta penduduk) berbanding 235 kes (7.8 per sejuta penduduk) pada 2014 dan 195 kes (6.6 per sejuta penduduk) pada 2013.
"Malah, berlaku dua kematian kanak-kanak akibat jangkitan campak pada tahun ini, berbanding satu kematian pada tahun lepas. Kebanyakan kes adalah dalam kalangan bayi dan kanak-kanak berumur enam tahun dan ke bawah," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya malam Khamis.
Katanya bilangan wabak juga meningkat lebih tiga kali ganda, iaitu 37 episod wabak berbanding hanya 11 pada tahun 2014.
Wabak ini, katanya, turut melibatkan beberapa institusi jagaan, sekolah dan pusat tahanan.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata punca utama peningkatan kes adalah kanak-kanak tidak mendapat imunisasi.
Katanya sebanyak 50 peratus hingga 65 peratus daripada kes pada tahun 2014 dan 2015 tidak mendapat imunisasi campak.
"Antara sebabnya ialah ibu bapa terlupa atau terlalu sibuk untuk membawa anak mendapatkan imunisasi, salah tanggapan terhadap keterukan penyakit campak, menolak vaksin, mengamalkan perubatan homeopati dan/atau naturopati," katanya.
Katanya kanak-kanak ini juga tinggal di kawasan yang mempunyai liputan imunisasi campak kurang daripada 95 peratus.
Imuniti kelompok yang rendah akibat daripada jumlah kanak-kanak tidak dilindungi oleh imunisasi campak yang tinggi menyebabkan virus Measles mudah menular di dalam komuniti tersebut dan mengakibatkan wabak.
"Situasi menjadi lebih buruk apabila penjaga kurang faham kaedah mencegah dan mengawal penularan penyakit ini," katanya.
Dr Noor Hisham menarik perhatian bahawa campak adalah sejenis penyakit yang amat mudah merebak dan kanak-kanak yang dijangkitinya perlu diasingkan dan tidak dihantar ke pusat asuhan, taska, tadika atau sekolah.
"Elakkan membawa kanak-kanak ini menghadiri perjumpaan atau perhimpunan terutama yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi, pesakit yang mempunyai imuniti yang rendah seperti pesakit kanser, orang dengan HIV/AIDS dan mereka yang menerima rawatan kemoterapi," katanya.
Tambahnya, Pejabat Kesihatan Daerah menjalankan kempen dan suntikan campak ke atas kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah di lokaliti wabak.
Ibu bapa dinasihatkan bekerjasama dengan memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi, sama ada pada tarikh hari lahir pertama anak atau semasa kempen imunisasi campak dijalankan dalam komuniti.
"Tindakan bijak kita akan menurunkan risiko jangkitan campak dan mengurangkan keterukan penyakit serta mencegah kematian," katanya.
Bernama
Thu Nov 05 2015
![Wabak campak meningkat tiga kali ganda setakat september - KP Kesihatan Wabak campak meningkat tiga kali ganda setakat september - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41443195114_DatukDrNoorHisham.jpg)
Imuniti kelompok yang rendah akibat daripada jumlah kanak-kanak tidak dilindungi oleh imunisasi campak yang tinggi menyebabkan virus Measles mudah menular di dalam komuniti tersebut dan mengakibatkan wabak.
![EPL: Manchester United belum 100 peratus bersedia - Erik ten Hag EPL: Manchester United belum 100 peratus bersedia - Erik ten Hag](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723774337_EriktenHag.jpg)
EPL: Manchester United belum 100 peratus bersedia - Erik ten Hag
Pra-musim yang kurang cemerlang, United menang dua kali, tewas tiga kali, sebelum tewas kepada Manchester City hujung minggu lalu.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Ogos 2024
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,614.63, turun naik antara 1,605.69 dan 1,614.69 sepanjang sesi dagangan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Ogos 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat dengan ketara berbanding dolar AS sejak isyarat untuk penurunan kadar di AS mendapat momentum.
![Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723712701_GurmitSinghKS.jpg)
Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara
Gurmit Singh K.S. menghabiskan hampir sebahagian besar umurnya untuk berkempen dan memperjuangkan isu alam sekitar bagi memastikan kehijauan bumi tercinta ini terus terpelihara.
![Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723772704_JDVanceTimWalz.jpg)
Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt
Debat akan dikendalikan Norah O'Donnell bersama Margaret Brennan.
![Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723772501_Mpoxvirus.jpg)
Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika
Individu itu disahkan dijangkiti varian cacar monyet yang lebih mudah merebak semasa berada di Afrika.
![Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723771510_AnakRonaldinho.jpg)
Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona
Keputusan Joao Mendes yang menandatangani kontrak bersama Burnley itu telah mengejutkan pelbagai pihak.
Analisis KDNK suku kedua menjelang pengumuman
Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof membincangkan jangkaan mengenai data penuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024.
AWANI Pagi: Suara minda global ke arah kebitaraan mahasiwa
Diskusi 8.30 pagi Jumaat, membedah buku Memugar Ikhtiar Ke Arah Kebitaraan Mahasiswa tulisan Profesor Dr Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di mana salah satu daripadanya ialah berfikiran global, bertindak lokal menerusi program ESG Global Young Summit 2024 dianjurkan UMT minggu depan.
![Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723770703_maut.jpg)
Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah
Tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan polis di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
![Laos bertindak lindungi kanak-kanak daripada campak, rubela menerusi pemvaksinan Laos bertindak lindungi kanak-kanak daripada campak, rubela menerusi pemvaksinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715850101_genericvaksin.jpg)
Laos bertindak lindungi kanak-kanak daripada campak, rubela menerusi pemvaksinan
Pihak berkuasa melancarkan kempen kesedaran di peringkat nasional dan wilayah menerusi televisyen, radio dan liputan akhbar.
![Kemaluan dipotong, dicampak selepas dipaksa ketuk ketampi Kemaluan dipotong, dicampak selepas dipaksa ketuk ketampi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41513409020_PisauKnife.jpg)
Kemaluan dipotong, dicampak selepas dipaksa ketuk ketampi
Mengerikan! Seorang lelaki warganegara Pakistan berusia 32 tahun berdepan detik ngeri dalam hidupnya apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang, Selangor baru-baru ini
![Gadis dan teman lelaki direman kes campak bayi Gadis dan teman lelaki direman kes campak bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589697334_Bayi.jpg)
Gadis dan teman lelaki direman kes campak bayi
Ketua Polis Derah Barat Daya, Suprintendan A A Anbalagan berkata, pihak hospital memaklumkan bayi berkenaan tidak perlu menjalani pembedahan berikutan kecederaan yang tidak serius.
![COVID-19: Pandemik masih belum berakhir - WHO COVID-19: Pandemik masih belum berakhir - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51580861867_TBTedrosAdhanomGheb.jpg)
COVID-19: Pandemik masih belum berakhir - WHO
Agensi itu melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes positif dan kematian di Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia.
![Malawi negara pertama beri vaksin malaria kepada kanak-kanak Malawi negara pertama beri vaksin malaria kepada kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51556061321_Vaccine.jpg)
Malawi negara pertama beri vaksin malaria kepada kanak-kanak
Malawi muncul negara pertama yang memberi suntikan vaksin malaria kepada kanak-kanak, lapor Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).
![AS rekod 73 lagi kes campak AS rekod 73 lagi kes campak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81555975519_Chickenpox.jpg)
AS rekod 73 lagi kes campak
Amerika Syarikat (AS)merekodkan 73 kes baharu melibatkan wabak campak sekali gus menunjukkan peningkatan 13 peratus dalam masa dua dekad, lapor pegawai kesihatan persekutuan negara itu.
![Kerajaan bincang pelaksanaan tindakan ibu bapa abai vaksin - TPM Kerajaan bincang pelaksanaan tindakan ibu bapa abai vaksin - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551420715_wanazizah.jpg)
Kerajaan bincang pelaksanaan tindakan ibu bapa abai vaksin - TPM
Kerajaan masih mempertimbangkan sama ada akan mengambil tindakan ke atas ibu bapa yang menolak untuk memvaksin anak-anak mereka sehingga boleh mendatangkan kemudaratan.
![Wabak penyakit meruncing seluruh dunia, tiada vaksin antara faktor Wabak penyakit meruncing seluruh dunia, tiada vaksin antara faktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61551234798_Vaccine.jpg)
Wabak penyakit meruncing seluruh dunia, tiada vaksin antara faktor
Penyakit berjangkit seperti campak, denggi, dan chikungunya naik secara mendadak di beberapa negara kerana terdapatnya gerakan anti-vaksin.
![Pinterest, YouTube aktif sekat perkongsian maklumat tidak sahih vaksin Pinterest, YouTube aktif sekat perkongsian maklumat tidak sahih vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41551174452_YOUTUBEPINTEREST.jpg)
Pinterest, YouTube aktif sekat perkongsian maklumat tidak sahih vaksin
Pinterest telah menghalang sebahagian besar pencarian berkaitan vaksin sejak tahun lalu selepas mendapati ia lebih menjurus ke arah maklumat yang tidak tepat.
![Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81517387024_Vaccine.jpg)
Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit
Beberapa penyakit seperti difteria, demam campak, beguk atau mums, dan rubela boleh dielakkan melalui pemberian vaksin.