PUTRAJAYA: Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui udara antara Malaysia dan Singapura diperluaskan dengan membuka satu lagi laluan baharu iaitu Pulau Pinang-Singapura bermula 16 Mac.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan Malaysia dan Singapura telah mencapai persetujuan bersama untuk memperluaskan inisiatif VTL itu.
"Inisiatif VTL ini akan membolehkan pengembara yang telah divaksin sepenuhnya untuk melakukan perjalanan ulang alik bagi laluan Pulau Pinang-Singapura menggunakan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian di bawah VTL tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan," katanya.
Wee berkata VTL Pulau Pinang-Singapura akan bermula dengan empat penerbangan sehari yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan di Malaysia dan Singapura.
"Penjualan tiket penerbangan udara VTL akan bermula dalam masa terdekat," katanya.
VTL yang pertama bagi laluan Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula pada 29 Nov tahun lepas. Ia telah memberi perkhidmatan kepada 82,906 pengembara yang tiba dari Singapura setakat 28 Feb 2022.
Wee berkata inisiatif VTL memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ketersambungan pengangkutan udara Malaysia-Singapura di samping membantu memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara terutamanya dalam sektor pelancongan yang telah terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.
Butiran lanjut mengenai syarat prapelepasan dan kemasukan ke Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my. Butiran tentang keperluan VTL bagi perjalanan ke Singapura boleh didapati di https://safetravel.ica.gov.sg.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
![VTL melalui udara diperluaskan antara Pulau Pinang-Singapura mulai 16 Mac VTL melalui udara diperluaskan antara Pulau Pinang-Singapura mulai 16 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642401407_VTLUdara.jpg)
VTL Pulau Pinang-Singapura akan bermula dengan empat penerbangan sehari yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan di Malaysia dan Singapura.- Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647437549_VTLPulauPinangSin.jpg)
VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.
![AirAsia sambung semula penerbangan ke Singapura 29 November AirAsia sambung semula penerbangan ke Singapura 29 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637410806_Airasia.jpg)
AirAsia sambung semula penerbangan ke Singapura 29 November
AirAsia akan menyambung kembali penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 Nov, 2021.
![Johor mohon pelaksanaan VTL darat seiring VTL udara Johor mohon pelaksanaan VTL darat seiring VTL udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/41438740333_TAMBAKJOHOR.jpg)
Johor mohon pelaksanaan VTL darat seiring VTL udara
Hasni berkata, kira-kira 300,000 rakyat negara ini bekerja secara ulang alik ke republik berkenaan setiap hari.