KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,495 undi pos dari luar negara dikumpul oleh sukarelawan di bawah inisiatif Vote Malaysia untuk 245 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri yang berlangsung esok.
Usaha mengumpul dan menghantar undi pos luar negara itu digerakkan oleh Persatuan Pengundi Muda (UNDI18), Gerakan 1thirdMedia dan beberapa badan sukarelawan lain bagi membantu menguruskan proses pengundi yang berada di luar negara.
Koordinator Program UNDI18 Diffan Sina Jasmi berkata pihaknya membantu mengumpul, mengasingkan dan menghantar kertas undi pos luar negara kepada Pengurus Pilihan Raya bagi setiap negeri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan satu PRK di Kuala Terengganu.
"Usaha ini telah bermula pada 1 Ogos lalu apabila pihak kami menerima pos undi luar negara daripada rakyat Malaysia yang berada di Asia Tenggara seterusnya pada 2 Ogos pihak mula menerima sampul undi pos daripada kawasan selain Asia Tenggara.
Setakat ini kertas undi negeri yang tertinggi berjaya dikumpul adalah daripada Selangor iaitu sebanyak 1,887 diikuti Pulau Pinang (1,009), Kedah (281), Negeri Sembilan (195), Kelantan (63) manakala Terengganu (60)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Diffan berkata usaha ini telah bermula pada Pilihan Raya Negeri Johor dan kejayaan terbesar adalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu selepas mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 35,092 kertas undi pos luar negara.
"Kali ini peratusan yang berjaya dikumpul adalah 43.8 peratus iaitu 3,495 daripada 7,972 kertas undi pos luar negara yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR menetapkan tarikh pengundian bagi PRN melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta PRK Parlimen Kuala Terengganu esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
![Vote Malaysia kumpul 3,495 undi pos luar negara Vote Malaysia kumpul 3,495 undi pos luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691761978_TBTharmaPillai.jpg)
Diffan (tengah) berkata pihaknya membantu mengumpul, mengasingkan dan menghantar kertas undi pos luar negara kepada Pengurus Pilihan Raya bagi setiap negeri yang terlibat dalam PRN dan satu PRK di Kuala Terengganu. - Gambar Bernama
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Vote Malaysia kumpul 3,495 undi pos luar negara Vote Malaysia kumpul 3,495 undi pos luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691761978_TBTharmaPillai.jpg)
Vote Malaysia kumpul 3,495 undi pos luar negara
Sebanyak 3,495 undi pos dari luar negara dikumpul oleh sukarelawan di bawah inisiatif Vote Malaysia untuk 245 kawasan DUN dan satu PRK Parlimen pada PRN esok.
![PRU15: Vote Malaysia tuntut SPR percepat penghantaran undi pos PRU15: Vote Malaysia tuntut SPR percepat penghantaran undi pos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667209125_undipos.jpg)
PRU15: Vote Malaysia tuntut SPR percepat penghantaran undi pos
Tinjauan Jom Undi PRU15 mencatatkan 96.70 peratus daripada 339 pengundi pos masih belum menerima undi pos mereka pada tarikh 12 November 2022.