KUALA LUMPUR: Visi Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam menerajui negara ketika menghadapi pelbagai isu pada era 70-an wajar dikaji semula dan diselidik sekali gus didokumentasi sebagai cerminan sejarah kepada rakyat masa kini.
Felo Penyelidik East Asian International Relations Caucus (EAIR Malaysia) Datuk Ruhanie Ahmad berkata ia susulan kecekapan Perdana Menteri Kedua itu dalam menangani isu berkaitan ketidakstabilan ekonomi, politik, dan keselamatan yang membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Beliau yang juga Penganalisis Pertahanan dan Keselamatan berkata pandangan jauh Allahyarham telah membuka jalan kepada pelaksanaan beberapa dasar atau doktrin utama negara termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Rukun Negara dan skim Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diamalkan sehingga hari ini.
"DEB dilaksanakan untuk menyelesaikan isu keresahan kaum, keselamatan sosioekonomi dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai taraf pencapaian ekonomi yang lebar jurangnya, manakala Rukun Negara mengukuhkan perpaduan kaum dan keselamatan masyarakat serta nasional.
"Skim Felda diperkenalkan sebagai strategi mengatasi kemiskinan dan masalah keselamatan sosioekonomi rakyat, terutamanya Melayu dan Bumiputera," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, bertajuk 'Legasi Kemajuan Berintegriti' (Sempena 100 tahun kelahiran Tun Abdul Razak Hussein), malam tadi.
Mengulas lanjut, Ruhanie berkata Felda diwujudkan berikutan kemunculan semula gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) selepas peristiwa 13 Mei di kawasan yang menjadi laluan strategik kepada pengganas PKM dari selatan Thailand ke merata negeri di Semenanjung Tanah Melayu (pada masa itu) menerusi kawasan pergunungan.
Beliau turut berkongsi cetusan idea pembentukan Barisan Nasional (BN) oleh Bapa Pembangunan itu untuk mengukuhkan keselamatan politik parti pemerintah Malaysia di era pasca peristiwa tersebut, di samping menghadapi masalah ketidakstabilan politik negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun itu.
"Pembentukan BN menerusi penambahan komponen Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) dengan kemasukan parti Gerakan, PPP dan PAS serta beberapa parti dari Sabah dan Sarawak merupakan susunan politik yang unik pada masa itu," katanya.
Terdahulu hari ini, Majlis Perundingan Melayu (MPM) meraikan dan menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 Allahyarham dengan mengadakan persidangan meja bulat membincangkan warisan serta legasi Tun Abdul Razak yang penuh makna, integriti dan hemah serta wajar dikekal dan dilangsungkan ke masa hadapan negara dan bangsa.
Timbalan Pengerusi MPM Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata persidangan itu bertujuan menghimpunkan kalangan sahabat, pegawai dan warga kota khususnya golongan muda bagi membincangkan sumbangan agung dan kekayaan daya bakti selama berkhidmat untuk negara dan bangsa.
"MPM juga merancang untuk mengadakan pelbagai kegiatan, khususnya melibatkan golongan mahasiswa untuk mendidik nilai murni yang ditonjolkan oleh Tun Abdul Razak agar golongan tersebut dapat memupuk semangat cintakan negara," katanya pada sidang media Sempena Sambutan 100 Tahun Kelahiran Tun Abdul Razak di sini.
Abdul Razak merupakan Perdana Menteri kedua yang mentadbir negara dari 1970, sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 14 Jan 1976 ketika berusia 54 tahun di London.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022

Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri kedua yang mentadbir negara dari 1970, sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 14 Jan 1976 ketika berusia 54 tahun di London. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Visi Tun Abdul Razak wajar didokumentasi sebagai bahan sejarah
Ia susulan kecekapan Perdana Menteri Kedua itu dalam menangani isu berkaitan ketidakstabilan ekonomi, politik, dan keselamatan yang membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.