KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan akan mendermakan separuh hartanya untuk tujuan amal apabila beliau meninggal dunia kelak dan berharap perkara sama dilakukan oleh rakyat Malaysia berusia 70 ke atas yang kaya-raya.
Jutawan itu berkata tindakan tersebut akan membantu mereka yang kurang bernasib baik memiliki kediaman kerana rumah merupakan satu keperluan asas dan amat penting, khususnya dari segi maruah dan keselamatan seseorang.
"Saya rasa adalah kurang bijak untuk meninggalkan semua kekayaan kita kepada keluarga kita sahaja memandangkan harta benda ini kita kumpul menerusi sokongan rakyat Malaysia, dan lesen serta konsesi kerajaan serta bantuan-bantuan lain daripada banyak pihak yang kita temui sepanjang kita mengumpul kekayaan itu," katanya dalam temu bual eksklusif dengan The Star yang disiarkan hari ini.
"Saya juga amat berminat dalam pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia. Berjaya telah mereka bentuk dan membina rumah seluas 900 kaki persegi (kps) dilengkapi lima bilik tidur dan empat bilik air/tandas serta unit seluas 750 kps dengan empat bilik tidur serta tiga bilik air/tandas.
"Sektor swasta harus bersedia untuk menjual rumah mampu milik dalam lingkungan harga antara RM250,000 dan RM300,000 bagi sebuah pangsapuri seluas 900 kps di bandar berbeza di Malaysia," katanya.
Dalam temu bual bersama penasihat The Star Datuk Seri Wong Chun Wai itu, tokoh korporat berkenaan berkata beliau beroleh kekayaan bukan menerusi sesuatu yang beliau cipta, sebaliknya melalui tuah kerana menerima banyak peluang seperti mendapat francais untuk McDonald's dan Starbucks selain dapat membeli 7-eleven pada harga yang munasabah daripada sekumpulan rakyat Malaysia.
"Memang sewajarnya saya mengembalikan separuh kekayaan saya kepada masyarakat dan negara. Itulah perkara yang patut dilakukan," tambahnya.
Tan berkata bagi tujuan itu, beliau merupakan penandatangan Giving Pledge yang dimulakan oleh jutawan Amerika Syarikat Bill Gates dan isterinya Melinda serta Warren Buffet.
Taikun itu mengejutkan dunia korporat Malaysia baru-baru ini menerusi pelantikan Abdul Jalil Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Berjaya Corp, dan menyatakan itu merupakan langkah pertama beliau untuk melepaskan kawalan terhadap syarikat.
Abdul Jalil, 38, yang juga bekas CEO Permodalan Nasional Berhad, merupakan 'orang luar' pertama yang dilantik sebagai CEO Berjaya.
"Saya sudah berusia 69 tahun dan akan berumur 70 tahun pada tahun depan. Saya fikir cukup-cukuplah. Saya telah bekerja sejak berusia 17 tahun, bermula dengan menjadi kerani di sebuah bank dan kini sudah bekerja tanpa henti selama 52 tahun," katanya.
Tan juga mendedahkan bahawa beliau tidak mahu anak-anaknya terlibat dalam syarikat-syarikat senarai awam di bawah kumpulan itu dan membiarkan syarikat terbabit diuruskan oleh pengurus profesional.
"Anak-anak saya boleh mulakan perniagaan mereka sendiri kerana mereka sudahpun memiliki perniagaan. Kita perlu ada pembatasan yang jelas tentang entiti disenaraikan dan syarikat swasta," tegasnya.
Mengenai kerja amal beliau, Tan berkata beliau merupakan penyokong kuat Tzu Chi Foundation, sebuah badan kemanusiaan antarabangsa, dan akan menguntukkan lebih banyak masa kepada pertubuhan itu.
"Keputusan terbaik yang pernah saya buat sepanjang hidup saya ialah menjadi vegan selepas berjumpa (Tzu Chi) Master Cheng Yen. Saya rasa sihat dari segi fizikal, mental lebih peka dan lebih kaya secara rohani," kata Tan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021

Jutawan itu berkata tindakan tersebut akan membantu mereka yang kurang bernasib baik memiliki kediaman kerana rumah merupakan satu keperluan asas dan amat penting, khususnya dari segi maruah dan keselamatan seseorang. - Gambar fail/BERNAMA

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Vincent Tan mahu dermakan sebahagian harta untuk tujuan amal
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan akan mendermakan separuh hartanya untuk tujuan amal apabila beliau meninggal dunia kelak.

Vincent Tan nafi labur AS$250 juta dalam projek "The Formula"
Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menafikan yang beliau telah melabur AS$250 juta dalam projek yang dikenali sebagai "The Formula".

Luar biasa hebat, Tan Sri Vincent Tan berpantun di majlis pernikahan anak
Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada pihak lelaki.