HANOI: Malaysia memberi keutamaan dan berhasrat untuk membangunkan perkongsian strategik dengan Vietnam, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Zambry dan rakan sejawatannya dari Vietnam, Bui Thanh Son, mempengerusikan bersama mesyuarat ketujuh Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik dan Teknikal antara kedua-dua negara, sempena lawatan rasminya ke Vietnam bermula 19 hingga 20 Julai.
Son berkata lawatan itu merupakan acara penting yang berlangsung di luar lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam, serta sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Vietnam-Malaysia tahun ini, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).
Pada mesyuarat itu, kedua-dua pihak menumpukan kepada usaha menyemak dan menilai pelaksanaan perjanjian yang ditandatangani oleh pemimpin kanan kedua-dua negara, termasuk Program Tindakan untuk melaksana perkongsian strategik Vietnam-Malaysia bagi tempoh 2021-2025.
Mereka juga bersetuju untuk mencadangkan beberapa orientasi utama kepada Perdana Menteri kedua-dua negara dalam usaha untuk mempromosi perkongsian strategik pada masa akan datang.
Untuk itu, kedua-dua pihak akan meningkatkan penyelarasan bagi mempergiat pertukaran lawatan dan mesyuarat di semua peringkat dan merentasi semua saluran, serta pertukaran pegawai dan meluaskan kerjasama pertahanan dan keselamatan.
Kedua-dua negara akan berusaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala kepada US$18 bilion tidak lama lagi supaya lebih seimbang, mengehadkan halangan perdagangan dan memanfaatkan peluang daripada perjanjian perdagangan serantau yang kedua-dua pihak sertai seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Mereka bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang penting lain seperti teknologi marin, minyak dan gas, pendidikan dan latihan, buruh, pengangkutan, kebudayaan, sukan, pelancongan dan kerjasama antara lokaliti, dan dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), dan tenaga boleh baharu.
Selain itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk mempercepat pemeteraian dokumen kerjasama, termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam melatih kakitangan diplomatik.
Diplomat tertinggi berkenaan turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi kepentingan bersama dan sepakat untuk terus menyelaras dan menyokong secara aktif antara satu sama lain di forum pelbagai hala.
Kedua-dua negara juga bersedia untuk menyertai negara anggota ASEAN yang lain dalam mengekalkan solidariti dan peranan utama ASEAN dalam menangani isu-isu strategik di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
![Vietnam, Malaysia mahu perkukuh usaha sama strategik Vietnam, Malaysia mahu perkukuh usaha sama strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689867723_TBVietnamMalaysia.jpg)
Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk mempercepat pemeteraian dokumen kerjasama, termasuk MoU mengenai kerjasama dalam melatih kakitangan diplomatik. - Gambar Bernama
Insiden perlanggaran kapal: Tiada tumpahan minyak, fokus siasatan insiden
Kedua-dua kapal kini ditahan untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Laut Malaysia, manakala anggaran kerosakan belum dapat dipastikan.
![Dua lelaki maut dalam pembetung adalah pencuri kabel - Polis Dua lelaki maut dalam pembetung adalah pencuri kabel - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722326305_mautpembetung.jpg)
Dua lelaki maut dalam pembetung adalah pencuri kabel - Polis
Polis sahkan dua lelaki yang ditemui maut selepas terperangkap dalam lubang pembetung di hadapan SMK Paya Kamunting adalah pencuri kabel.
Undang-undang keselamatan siber bukan sekat kebebasan - PM
Tindakan tegas kerajaan memperkenalkan peraturan baharu serta undang-undang keselamatan siber bukan bertujuan mengekang kebebasan bersuara.
![Guru lelaki didakwa raba murid Guru lelaki didakwa raba murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722324869_guru.jpg)
Guru lelaki didakwa raba murid
Seorang guru di sebuah madrasah didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap muridnya, April lalu.
![Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720585235_AnthonyLoke.jpg)
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
[TERKINI] Perasmian minggu Maritim Malaysia 2024
![Presiden Jokowi berusaha wujudkan Nusantara yang selamat, bebas jenayah Presiden Jokowi berusaha wujudkan Nusantara yang selamat, bebas jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722318836_JokoWidodo.jpg)
Presiden Jokowi berusaha wujudkan Nusantara yang selamat, bebas jenayah
Presiden Jokowi bertekad memastikan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, menjadi sebuah bandar yang selamat dan bebas jenayah.
![Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan' Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721599360_DonaldTrump.jpg)
Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan'
Calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris minggu lepas sebagai memalukan.
![Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719570981_TBPekanRamli.jpg)
Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia
Dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan.
Naran Singh tarik diri wakili warga Israel, Avitan Shalom
Peguam Datuk Naran Singh memberitahu Mahkamah Sesyen di sini Kuala Lumpur, beliau tidak lagi mewakili warga Israel, Avitan Shalom, yang didakwa atas dua pertuduhan memiliki 158 peluru dan memperdagang enam pistol.
![Vietnam, Malaysia mahu perkukuh usaha sama strategik Vietnam, Malaysia mahu perkukuh usaha sama strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689867723_TBVietnamMalaysia.jpg)
Vietnam, Malaysia mahu perkukuh usaha sama strategik
Malaysia memberi keutamaan dan berhasrat untuk membangunkan perkongsian strategik dengan Vietnam, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.