HANOI: Malaysia sedia menawarkan kepakaran dan khidmat nasihat kepada Vietnam, termasuk syarikat-syarikat Vietnam yang menyatakan minat untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan industri halal mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerjasama ini telah pun bermula dan dalam hal ini Halal Development Corporation (HDC) Malaysia telah ditugaskan untuk mengambil tindakan susulan.
"Saya secara spesifik membangkitkan potensi kerjasama halal dengan Vietnam terutamanya dalam peluang untuk membekalkan makanan halal semasa Sukan SEA 2021 yang akan dihoskan oleh Vietnam pada bulan Mei ini.
"Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia menawarkan produk-produk perbankan Islam dan akan turut sama membantu mengembangkan ekosistem industri halal di Vietnam," katanya kepada kumpulan media Malaysia di sini selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari di Vietnam, semalam.
Lawatan rasmi Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga berjaya membawa berita gembira kepada negara selepas Vietnam mengemukakan permintaan untuk mendapatkan bekalan petroleum dan gas tambahan dari Malaysia.
"Alhamdulillah kita mendapat berita yang baik petang semalam sewaktu Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjumpa dengan Menteri Perdagangan Vietnam dan mereka (pihak Vietnam) berminat untuk membeli petroleum atau RON95 daripada kita dengan kadar segera.
"Saya sendiri telefon Presiden Petronas tentang perkara ini dan kita bersetuju pada peringkat permulaan ini untuk membekalkan 300,000 tong petroleum (RON95) kepada Vietnam.
"Ini hanyalah permulaan dan jika perlukan tambahan InsyaAllah kita akan teruskan dan akan mengadakan perbincangan dengan mereka (Vietnam). Kita berharap bukan sahaja petroleum tetapi gas juga dapat dibeli oleh Vietnam," kata Ismail Sabri.
Mengenai kerjasama perdagangan, Perdana Menteri berkata kedua-dua negara bersetuju untuk menetapkan sasaran lebih tinggi yang mana sebelum ini, Malaysia-Vietnam menetapkan sasaran nilai dagangan US$18 bilion menjelang 2025.
Bagaimanapun menurut Ismail Sabri, beliau turut berkongsi pandangan bahawa nilai sasaran itu masih kecil berbanding potensi besar yang dimiliki Malaysia dan Vietnam .
Beliau menambah Vietnam merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam ASEAN, dan ke-11 di peringkat global.
"Pada 2021, perdagangan dua hala bernilai US$16.7 bilion, peningkatan memberangsangkan iaitu sebanyak 41.6 peratus berbanding tahun 2020.
"Ini mengambil kira nilai dagangan global Malaysia yang telah melepasi RM2 trilion (US$477 bilion), sementara nilai dagangan global Vietnam hampir mencecah US$650 bilion," katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata persefahaman telah dicapai supaya Mesyuarat ke-4 Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) diadakan dalam masa terdekat bagi menetapkan hala tuju tentang sasaran perdagangan dua hala Malaysia-Vietnam selain meneliti hasrat Vietnam untuk mencapai keseimbangan dagangan dengan Malaysia.
Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut mengambil peluang mempelawa para pelabur Vietnam untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia dalam bidang yang boleh diterokai termasuk pendigitalan, pembuatan pintar dan keselamatan siber.
Katanya Malaysia telah mengadakan kolaborasi strategik di antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan FPT Software Vietnam untuk membangunkan Pusat Kecemerlangan Industri Masa Depan (CoEFI) bernilai hampir RM100 juta dalam bidang automotif, Connected Mobility, Robotik, Internet Kebendaan (IoT) dan pendigitalan.
"Saya juga menyambut baik dan berterima kasih kepada FPT Software yang amat komited untuk melatih 1,000 tenaga kerja Malaysia dalam pembangunan dan kejuruteraan perisian bermula tahun ini di Kuala Lumpur dan Sabah," katanya.
Sementara itu, pelaburan Malaysia di Vietnam bernilai US$13 bilion dan Malaysia merupakan pelabur asing kesembilan terbesar di peringkat global dan kedua di peringkat ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Perdana Menteri ketika sidang media bersama wartawan Malaysia bagi memaklumkan hasil lawatan kerja beliau selama dua hari ke Vietnam di hotel penginapannya hari ini. - Foto BERNAMA
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Nov.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Nov ini.
Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi
Kaedah two-tier pricing di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimakan risiko operasi.
Kad pengenalan sebagai mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu dikemukakan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) kepada Menteri Ekonomi pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Nov ini.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Parlimen: Subsidi bersasar RON95 perlu dibuat, elak ketirisan subsidi - Amir Hamzah
Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya.
Subsidi bersasar bagi RON95 antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Persoalan itu dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus Dewan Rakyat bersidang.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Okt ini.