Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil mana-mana individu termasuk anggota PKR, untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penularan video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan polis dalam mencari dalang penyebaran video seks tersebut.
"Tidak kira sesiapa pun, kami akan panggil sekiranya ada keperluan bagi kami melengkapkan siasatan kes termasuk juga anggota PKR.
"Kami ada tempoh tertentu untuk siapkan siasatan, jadi kami akan ikut tempoh itu... bila-bila kami nak panggil, kami akan panggil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kenderaan oleh Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) kepada Polis Selangor di sini, pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin dan Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akhbar Khan.
Mazlan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohamed Azmin dalam laporan media pagi tadi, bahawa anggota PKR sendiri yang menjadi dalang penyebaran video seks tersebut.
BACA: Video intim: Azmin sudah beri keterangan, rakaman diperhalusi
Mengulas lanjut, pihaknya turut mengesahkan Mohamed Azmin telah diambil keterangan berhubung kes video itu, pada Isnin.
"Ya, beliau telah diambil keterangan, tetapi saya tidak boleh dedahkan apa maklumat yang diberikan kerana itu merupakan siasatan polis.
"Kami juga boleh memanggil Mohamed Azmin untuk kali kedua (untuk diambil keterangan), sekiranya kami memerlukan maklumat tambahan untuk kes ini," katanya.
BACA: Video seks kontroversi ditularkan oleh anggota PKR sendiri - Azmin
Sebelum ini, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam kes video terbabit dan menyifatkan penyebaran video berkenaan merupakan niat jahat untuk merosakkan imej dan prestasinya dalam politik.
Sementara itu, Mazlan mengesahkan 10 orang nelayan yang dilaporkan diculik berhampiran perairan Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah awal pagi, diculik ketika perintah berkurung dilaksanakan di kawasan itu.
Beliau berkata kejadian pada 2.45 pagi itu juga berlaku ketika kumpulan nelayan tersebut sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan menggunakan dua bot.
"Ketika kejadian ada seramai 16 nelayan di dalam dua bot, mereka kemudian didatangi dua bot yang kami percaya kumpulan penculik.
"Kumpulan itu hanya menculik 10 orang nelayan iaitu enam orang daripada sebuah bot dan empat (nelayan) daripada bot satu lagi," katanya.
Katanya, setakat ini juga tiada sebarang panggilan diterima daripada kumpulan penculik berkenaan.
BACA: 10 nelayan diculik di Lahad Datu bukan rakyat Malaysia
Terdahulu dalam majlis tersebut, MRCB menyerahkan sumbangan empat kenderaan pacuan empat roda dan 20 motosikal, 250 cc.
Kenderaan tersebut akan digunakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bagi tujuan membuat kawalan lalu lintas di sekitar Projek Transit Aliran Ringan 3 ( LRT3).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2019
![Video seks: Polis tidak tolak panggil anggota PKR untuk ambil keterangan Video seks: Polis tidak tolak panggil anggota PKR untuk ambil keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560848050_TBPDRMMAJLISKENDERE.jpg)
Mazlan (tengah), Noor Azam (kiri) dan Dell Akbar pada sesi sidang media selepas majlis penyerahan kenderan oleh MRCB di MESS Pegawai IPK Selangor Shah Alam. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716456851_FisolSallehjpg.jpg)
Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam.
![SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705305921_SPRMLogoSPRM.jpg)
SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri
Individu terbabit dipanggil memberi keterangan termasuk bagi mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.
![Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696230820_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat
Polis akan mengambil keterangan seorang pelajar lelaki 14 tahun yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah, kerana mendakwa tidak tahan dibuli, dalam masa terdekat.
![Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok - KPN Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700384108_AgusYusoff.jpg)
Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok - KPN
Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil sekali lagi untuk dirakam keterangan pada Isnin.
![Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis rakam keterangan 11 individu Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis rakam keterangan 11 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695023913_sindiketperjudian.jpg)
Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis rakam keterangan 11 individu
Polis telah merakam keterangan 11 individu yang dikenal pasti terlibat dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di ibu negara, pada Sabtu.
![Buli junior, 30 pelajar diambil keterangan Buli junior, 30 pelajar diambil keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652455936_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Buli junior, 30 pelajar diambil keterangan
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ia susulan empat laporan polis diterima setakat ini.
![Kenduri durian: Artis bergelar Datuk beri keterangan kepada polis Kenduri durian: Artis bergelar Datuk beri keterangan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624786832_Kenduridurian.jpg)
Kenduri durian: Artis bergelar Datuk beri keterangan kepada polis
Artis berusia 62 tahun itu tiba di pekarangan IPD Tapah kita-kira jam 1.30 tengah hari untuk diambil keterangan.
![Hina Agong: ADUN Sungai Pelek dibebaskan dengan jaminan polis Hina Agong: ADUN Sungai Pelek dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603926419_TBRONNIELIU.jpg)
Hina Agong: ADUN Sungai Pelek dibebaskan dengan jaminan polis
Terdahulu, dilaporkan Liu ditahan polis di IPD Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes itu menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
![Polis ambil keterangan pengetua didakwa terlibat aktiviti pengantunan seksual Polis ambil keterangan pengetua didakwa terlibat aktiviti pengantunan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71566270028_PDRM.jpg)
Polis ambil keterangan pengetua didakwa terlibat aktiviti pengantunan seksual
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat malam tadi, sebanyak tiga rakaman percakapan telah direkodkan melibatkan pengetua terbabit serta dua saksi.
![Polis nafi tahan pasangan edar risalah agama Kristian Polis nafi tahan pasangan edar risalah agama Kristian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51551353615_PolisLogo.jpg)
Polis nafi tahan pasangan edar risalah agama Kristian
Polis hanya mengambil keterangan daripada kedua-dua pasangan berusia lingkungan 70-an itu selepas menerima aduan daripada orang ramai pada kira-kira pukul 11 pagi Isnin.