Penggunaan vape atau rokok elektronik bukan jalan penyelesaian bagi mengatasi ketagihan merokok.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata kajian perlu dilakukan untuk membuktikan penggunaan vape dan rokok elektrik adalah kaedah terbaik dalam menangani ketagihan rokok.
Jelasnya, setakat ini masih belum ada bukti saintifik yang menyokong kaedah vape dan rokok elektronik dapat membantu individu berhenti merokok.
"Buat masa ini, tidak ada bukti yang menunjukkan penggunaan vape atau rokok elektronik adalah kaedah terbaik untuk menghilangkan ketagihan.
"Orang yang beralih kepada vaping bukan menghilangkan ketagihan tetapi menimbulkan ketagihan lain," kata Dr Lokman selepas Majlis Menandatangani Nota Persefahaman Perkhidmatan Berhenti Merokok 'M Quit Services' melalui kerjasama perkhidmatan awam dan swasta di Putrajaya, pada Jumaat.
Sementara itu, Dr Lokman mengulas keperluan pengawalseliaan ke atas industri vape dan persoalan utama dalam hal ini ialah bagaimana pelaksanaan pengawalseliaan itu boleh dilakukan, memandangkan tiada sebarang undang-undang wujud bagi penggunaan vape.
"Pengawalseliaan ke atas industri vape adalah keputusan Kabinet. Persoalannya adalah bagaimana ia boleh dilaksanakan kerana tiada undang-undang khusus ke atas vape.
"Ini adalah proses yang kami sedang lihat dan keputusan pengawalseliaan itu memang jelas," kata Dr Lokman.
Sementara itu, pada majlis itu, menyaksikan kerjasama antara Kementerian Kesihatan, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Akademi Farmasi Malaysia dan Syarikat Johnson & Johnson dalam program rawatan berhenti merokok di fasiliti awam dan swasta.
Menurut Dr Lokman, program itu menawarkan perkhidmatan berhenti merokok bagi mereka yang ingin keluar daripada masalah ketagihan dan tabiat merokok, dalam pada masa sama menyediakan latihan serta pemantauan.
Program yang diwujudkan sejak tahun 2004 itu berjaya membantu sekurang-kurangnya 21 peratus daripada 100 orang yang berhenti merokok sepenuhnya.
Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Chen Chaw Min yang menjelaskan antara kaedah utama yang digunakan dalam program itu adalah penggunaan ubat dan perkhidmatan kaunseling termasuk khidmat nasihat dan sokongan menerusi telefon selama satu tahun yang dilakukan dari semasa ke semasa oleh pakar.
Dania Zainuddin
Fri Nov 27 2015
![Vape, e-rokok bukan penyelesaian atasi ketagihan merokok - TKP Kesihatan Vape, e-rokok bukan penyelesaian atasi ketagihan merokok - TKP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41448630304_LokmanHakimSulaiman.jpg)
DR LOKMAN: Kajian perlu dilakukan untuk membuktikan penggunaan vape dan rokok elektrik adalah kaedah terbaik dalam menangani ketagihan merokok. -Gambar fail
![Ekonomi Perancis mendapat manfaat daripada kesan Olimpik Ekonomi Perancis mendapat manfaat daripada kesan Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722551355_MenaraEiffel.jpg)
Ekonomi Perancis mendapat manfaat daripada "kesan Olimpik"
Sukan Olimpik Paris 2024 dijangka meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Perancis pada suku ketiga (S3) sebanyak 0.3 mata peratusan.
![KRT Pangsapuri Pelangi semarakkan bulan kebangsaan, bersama kibar Jalur Gemilang KRT Pangsapuri Pelangi semarakkan bulan kebangsaan, bersama kibar Jalur Gemilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722775269_SEMANGATPERPADUAN.jpg)
KRT Pangsapuri Pelangi semarakkan bulan kebangsaan, bersama kibar Jalur Gemilang
Ia sebagai usaha menyemai semangat patriotik terutama dalam kalangan penduduk berbilang kaum, bangsa dan agama serta simbolik cintakan negara.
![Penuntut cacat penglihatan, ADHD hafaz 30 juzuk al-Quran Penuntut cacat penglihatan, ADHD hafaz 30 juzuk al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722774909_AmzarHaziqMdFauz.jpg)
Penuntut cacat penglihatan, ADHD hafaz 30 juzuk al-Quran
Meskipun dilahirkan cacat penglihatan, ia tidak menghalang Amzar Haziq Md Fauzi menghafaz 30 juzuk al-Quran.
![Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605079742_PelajarMaahadTahfi.jpg)
Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.
![SPRM optimis perkasa AMAR sebar mesej antirasuah di kampus SPRM optimis perkasa AMAR sebar mesej antirasuah di kampus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722775326_SPRM.jpg)
SPRM optimis perkasa AMAR sebar mesej antirasuah di kampus
SPRM terus komited main peranan perkukuh kolaborasi dengan IPT dalam menyampaikan mesej antirasuah kepada golongan mahasiswa di seluruh negara.
![Dua lelaki maut kereta bertembung lori Dua lelaki maut kereta bertembung lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722790279_TBTEMBUNGLORI.jpg)
Dua lelaki maut kereta bertembung lori
Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang di Gopeng, malam ini.
![Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722789674_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin
Perjuangan menuntut pembebasan Palestin kini bukan hanya merupakan perjuangan orang Islam, sebaliknya membabitkan perjuangan sejagat.
20 orang maut dan ratusan cedera dalam sebuah protes
Lebih 20 orang maut dan ratusan cedera dalam protes di di Bangladesh pada Ahad.
Cadangan pemeriksaan kesihatan berkala buat penjawat awam
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan penjawat awam diwajibkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, terutama individu yang menunjukkan tanda-tanda obesiti dan berusia 40 tahun ke atas.
![Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722788987_TBTAIWANVSCHINA.jpg)
Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas
Mereka menumpaskan beregu lelaki nombor satu dunia dari China, Liang Weikeng-Wang Chang, menerusi keputusan 17-21, 21-18, 21-19.
![Ncig tutup operasi di Malaysia, tumpu pasaran Eropah dan UK Ncig tutup operasi di Malaysia, tumpu pasaran Eropah dan UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51573304000_ncig.jpg)
Ncig tutup operasi di Malaysia, tumpu pasaran Eropah dan UK
Isu vape terus menjadi bualan hangat.Meskipun kerajaan ketika ini sedang melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan rokok elektronik itu.