KOTA KINABALU: Meskipun belum sampai setahun beroperasi, perkhidmatan van membawa jenazah secara percuma dikendalikan Persatuan Amal dan Jenazah Sabah atau lebih dikenali Team Amal berjaya membantu keluarga yang kurang berkemampuan.
Pengasasnya Masrul Guding, 31, berkata sehingga kini Team Amal telah membawa 125 jenazah Islam dan lapan bukan Islam, termasuk 18 jenazah pesakit COVID-19.
Beliau yang berasal dari Lahad Datu berkata idea mewujudkan perkhidmatan itu timbul apabila kos penghantaran jenazah dari hospital ke kampung waris terutamanya di luar daerah agak tinggi dianggarkan hampir RM1,000.
Lelaki itu berkata ketika mula beroperasi pada Januari tahun ini hanya sebuah van terpakai milik sepupunya Soffian Jais, 36, dengan kos ubah suai RM20,000 digunakan untuk membawa jenazah pertama dari Hospital Likas ke Sepanggar.
"Ketika itu van berkenaan memang belum bersedia untuk digunakan sebab belum ada keranda, jadi saya bersama Soffian mengeluarkan duit simpanan masing-masing untuk mengubah suai van pertama itu supaya ia sesuai untuk membawa jenazah.
"Selepas itu ada individu bermurah hati memberikan van secara percuma selain hasil sumbangan dana daripada orang awam, sekarang kami mempunyai lima buah van dan satu daripada van itu diletakkan di daerah Lahad Datu supaya dapat membantu masyarakat di sana juga," katanya ketika ditemui Bernama.
Malah, bagi melancarkan urusan perkhidmatan itu, beliau berkata Soffian yang juga pengerusi persatuan itu akan membantu mengendalikan sepenuhnya operasi van jenazah.
Berkongsi pengalaman membawa jenazah yang meninggal dunia disebabkan COVID-19, Masrul berkata ia bukanlah mudah kerana memandu dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) amat mencabar apatah lagi ke kawasan kampung yang agak jauh seperti ke daerah Kudat.
Katanya, Team Amal adalah kumpulan keempat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang mendapat tauliah daripada Kementerian Kesihatan untuk membawa jenazah COVID-19.
"Paling sedih apabila kita dapat tengok jenazah dari dekat walaupun lengkap PPE tetapi waris hanya melihat dari jauh, biarpun bukan ahli keluarga sendiri tetapi perasaan sedih itu tetap ada," katanya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah pelabuhan di sini.
Katanya beliau yang dibantu 15 sukarelawan bersyukur kerana sejak mengendalikan perkhidmatan itu yang turut membawa jenazah COVID-19, mereka tidak dijangkiti virus berkenaan.
Masrul berkata melalui misi bantuan itu, mereka mengamalkan konsep 'tutup mata' iaitu membantu tanpa mengira bangsa dan agama kepada yang memerlukan.
Dalam pada itu, katanya dalam tempoh jangka masa panjang, Team Amal bercadang menyediakan sebuah lori berkelengkapan yang boleh digunakan untuk memandikan jenazah dengan kos dianggarkan sebanyak RM250,000.
Beliau berkata dengan adanya lori itu akan memudahkan proses memandikan jenazah malah Team Amal juga menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan untuk belajar memandikan jenazah sebagai fardu kifayah.
"Saya juga mengalu-ngalukan golongan belia yang berminat untuk menyertai kami sebagai sukarelawan sekiranya tiada apa-apa aktiviti terutamanya pada musim COVID-19 ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021

Masrul dan sepupunya Soffian mengeluarkan duit simpanan masing-masing untuk mengubah suai van pertama supaya ia sesuai untuk membawa jenazah. - Foto ihsan Persatuan Amal Dan Jariah Sabah/Sinar Harian
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Muslim Care sumbang van jenazah kurangkan kos bawa balik jenazah dari Singapura
MCM telah menyumbang sebuah van jenazah kepada rakan NGO yang berpangkalan di Johor, 1ThirdMedia Movement, bagi mengurangkan kos dan masa untuk membawa balik jenazah rakyat Malaysia dari Singapura.

Bapa bayi Adham akui masalah kewangan punca tidak bawa isteri ke klinik kesihatan
Bapa kepada bayi lelaki, Muhammad Adham Mikail yang mayatnya dibekukan oleh sebuah hospital swasta mengakui kekhilafan diri kerana tidak membawa isteri melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan.

Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras.

Banjir: Polis Pahang diletakkan dalam keadaan siap siaga
Lebih 2,000 anggota dan pegawai polis akan terlibat secara khusus dalam penugasan banjir di Pahang pada musim tengkujuh kali ini.

'Penduduk salah faham, van jenazah tidak dicuri'
Salah faham menjadi punca sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah van jenazah yang didakwa dicuri serta terbabit kes pecah rumah di Kajang.

Jenazah Nur Farah Kartini dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh
Van membawa jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 2.14 petang.

'Bila Allah uji macam ini, akak terima' - Noorkhiriah reda van jenazah diinfak hangus terbakar
Norkhiriah juga berkata dia mungkin akan memohon sumbangan daripada orang ramai sekiranya van tersebut dapat dibaiki semula.

Pesawat terhempas di Elmina: Kesemua 10 jenazah mangsa selesai dituntut
Mangsa pertama dibawa keluar dari Jabatan Forensik HTAR menaiki van jenazah pada pukul 9.27 pagi dan terakhir pada pukul 11.35 pagi.

Pesawat terhempas di Elmina: Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas
Jenazah kesemua mangsa akan mula diserahkan kepada keluarga secara berperingkat bermula pagi ini.

Van bawa jenazah terbalik di LPT1
Sebuah van jenazah membawa jenazah seorang wanita terbalik dalam kemalangan di Kilometer 128.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini awal pagi Ahad.