KUALA LUMPUR: Seramai 5,887 pelajar berumur 12 hingga 17 tahun di sekolah-sekolah di dalam kem Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara dijangka diberikan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang bermula hari ini.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebagai permulaan, 255 pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn menerima suntikan dos pertama vaksin hari ini, manakala baki 675 lagi dijangka menerima suntikan mereka pada Khamis ini.
Vaksinasi bagi pelajar di empat lagi sekolah menengah di dalam kem ATM iaitu Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak dan SMK Kem Terendak di Melaka, SMK Pangkalan TLDM, Lumut (Perak) serta SMK Tanjung Pengelih (Johor) akan dilaksanakan secara berperingkat di pusat pemberian vaksin (PPV) berhampiran.
"Pemberian vaksin kepada pelajar sekolah rendah (SK) pula melibatkan 330 orang pelajar di SK Kem Kementah dan SK Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur juga dijangka dilakukan pada Khamis ini.
"Sementara itu, PICK Remaja untuk pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur akan dilaksanakan sebaik sahaja kesemua 504 pelajar kembali melaporkan diri pada 27 Sept ini," katanya.
Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin selepas meninjau Program Vaksinasi Back To School di SMK Desa Tun Hussein Onn, di sini hari ini.
PICK Remaja yang bermula secara serentak di seluruh negara hari ini menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun divaksin untuk memastikan rakyat terus dilindungi dari wabak COVID-19 dan membentuk imuniti kelompok yang lebih kukuh.
Ditanya mengenai pendekatan yang bakal diambil Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak mereka divaksin, Radzi berkata kementerian belum membuat sebarang ketetapan buat masa ini, sebaliknya ia bergantung kepada perkembangan PICK Remaja.
"PICK Remaja baharu kick-off (bermula) hari ini dan sebelum kita buat ketetapan, kita lihat dahulu apakah penerimaan ibu bapa serta keadaan program ini... dalam satu tempoh kita akan perincikan keputusan terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
![Vaksinasi remaja: 5,887 pelajar sekolah kem tentera dijangka terima vaksin - Hishammuddin Vaksinasi remaja: 5,887 pelajar sekolah kem tentera dijangka terima vaksin - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632128908_TBCalonSPM.jpg)
Sebagai permulaan, 255 pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Desa Tun Hussein Onn menerima suntikan dos pertama vaksin hari ini, manakala baki 675 lagi dijangka menerima suntikan mereka pada Khamis ini. - Gambar hiasan
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![COVID-19: 95.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19: 95.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632497022_TBVAKSIN.jpg)
COVID-19: 95.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.8 peratus atau 22,893,173 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
![Johor, Terengganu masuk Fasa 4 PPN bermula 25 Oktober - Perdana Menteri Johor, Terengganu masuk Fasa 4 PPN bermula 25 Oktober - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634303331_PerdanaMenteri.jpg)
Johor, Terengganu masuk Fasa 4 PPN bermula 25 Oktober - Perdana Menteri
Hanya tinggal tujuh lagi negeri berada di Fasa 3 iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.
![Ibu, bapa, penjaga dibenarkan teman remaja vaksin Ibu, bapa, penjaga dibenarkan teman remaja vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633055005_VAKSINREMAJASARAWA.jpg)
Ibu, bapa, penjaga dibenarkan teman remaja vaksin
Seorang sahaja dibenarkan bagi stesen saringan suhu dan gejala, pendaftaran vaksinasi, kebenaran ibu bapa atau penjaga dan konsultasi serta pemberian vaksin.
![COVID-19: Thailand sasar suntik 5.4 juta pelajar berusia 12-17 tahun bermula Isnin COVID-19: Thailand sasar suntik 5.4 juta pelajar berusia 12-17 tahun bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633193464_Chatuchak.jpg)
COVID-19: Thailand sasar suntik 5.4 juta pelajar berusia 12-17 tahun bermula Isnin
Sekurang-kurangnya 3.68 juta pelajar sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan vaksinasi.
![PICK Remaja: Tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar video, berita tidak benar PICK Remaja: Tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar video, berita tidak benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633209292_TBNOORAZMI.jpg)
PICK Remaja: Tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar video, berita tidak benar
Ia bukan sahaja mengganggu kelancaran program, malah menimbulkan kebimbangan ibu bapa serta pelajar yang akan mengambil vaksin.
![Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi - Dr Azmi Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi - Dr Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633178348_pick.jpg)
Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi - Dr Azmi
Seramai 52,774 atau 1.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam negara telah lengkap menerima vaksin COVID-19 jenis Cominarty setakat 30 Sept lepas.
![MPM mungkin perlu pertimbang semula hantar kontinjen ke AYPG 2021 MPM mungkin perlu pertimbang semula hantar kontinjen ke AYPG 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632957935_AhmadFaizalAzumu.jpg)
MPM mungkin perlu pertimbang semula hantar kontinjen ke AYPG 2021
Atlet remaja negara didakwa tidak melakukan persiapan rapi, selain proses vaksinasi bagi golongan itu baru sahaja bermula.
![Dakwaan pelajar SMK Tasek Damai maut selepas divaksinasi, polis terima 2 laporan Dakwaan pelajar SMK Tasek Damai maut selepas divaksinasi, polis terima 2 laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632932153_MiorFaridalathrash.jpg)
Dakwaan pelajar SMK Tasek Damai maut selepas divaksinasi, polis terima 2 laporan
berkata laporan dibuat mereka terbabit berhubung ketidakpuasan hati terhadap dakwaan kematian dua pelajar berkenaan.
![Vaksinasi: Remaja tidak bersekolah, tiada dokumen pengenalan di Kapit boleh 'walk-in' ke PPV Vaksinasi: Remaja tidak bersekolah, tiada dokumen pengenalan di Kapit boleh 'walk-in' ke PPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632497022_TBVAKSIN.jpg)
Vaksinasi: Remaja tidak bersekolah, tiada dokumen pengenalan di Kapit boleh 'walk-in' ke PPV
Remaja yang sudah berhenti sekolah dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di Kapit, Sarawak masih layak menerima vaksin, kata Pegawai Kesihatan Kapit, Dr Hamidi Mohamad Sharkawi.
![Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632478060_TBREMAJAVAKSINjpg.jpg)
Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.