GUA MUSANG: Kurang kesedaran berkaitan kepentingan vaksin dan tiada aplikasi MySejahtera dilihat antara punca sebahagian besar Orang Asli di pedalaman Gua Musang, Kelantan masih belum mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Situasi itu menyebabkan daerah Gua Musang, berada di kelompok ketiga terendah di negeri Kelantan yang telah mendaftar vaksin dengan jumlah 13, 000 orang.
Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang, Dr. Mohamad Rafiq Mohd Kasri berkata, selain Orang Asli, golongan warga emas di kawasan kampung juga masih tidak mendaftar kerana capaian internet yang rendah.
Katanya, perkara itu menyebabkan pihaknya telah mengerakkan agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan melaksanakan program Agent Basmi COVID-19 (ABC-19) untuk membuat pendaftaran secara manual.
"Malangnya untuk daerah Gua Musang, pendaftaran di dalam kelompok ketiga terbawah.
"Di sini terdapat ramai Orang Asli jadi kita harus ambil pendekatan lain daripada di bandar, iaitu kita harus lakukan 'outreach' dengan mereka.
"Untuk lakukan itu, kita harus masuk dari kampung ke kampung dan oleh kerana kawasan di sini adalah besar, pendaftaran MySejahtera itu mungkin akan mengambil masa," katanya.
Sementara itu, peningkatan jangkitan COVID-19 di seluruh negeri Kelantan menyebabkan polis mewujudkan kumpulan rondaan berasingan yang dibantu Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memantau keseluruhan bandar Gua Musang.
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, SUPT Sik Choon Foo, operasi penguatkuasaan di daerah Gua Musang ini dilakukan bagi memastikan pematuhan kepada SOP yang telah dikeluarkan oleh MHN.
"IPD Gua Musang bersama lain-lain agensi seperti KKM, PBT dan KPDNHEP telah melaksanakan operasi penguatkuasaan di daerah Gua Musang bagi memastikan pematuhan kepada SOP yang telah dikeluarkan MKN," katanya.
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) di tiga lagi jajahan di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
BACA: Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Kelantan
Keputusan terbaharu yang akan berkuat kuasa bermula 22 April sehingga 29 April itu menyebabkan seluruh Kelantan kini menjalani PKP.
Muhafandi Muhamad
Wed Apr 21 2021
Golongan warga emas di kawasan kampung juga masih tidak mendaftar kerana capaian internet yang rendah. - Foto fail
Bursa Malaysia ditutup tinggi, didorong minat belian kukuh, KDNK suku kedua
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup lebih baik hari ini, didorong oleh data ekonomi yang menggalakkan di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
Pelarasan gaji motivasi pasukan keselamatan negara tingkat prestasi, kebajikan terjaga
Pasukan keselamatan negara melihat pelarasan gaji yang diumumkan hari ini sebagai suntikan motivasi dalam meningkatkan prestasi, di samping memberikan perkhidmatan dengan lebih baik dan efisien.
PRK Nenggiri: Keputusan di tangan 20,259 pengundi esok
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan ditentukan 20,259 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mengundi esok, selepas tamat 14 hari tempoh berkempen.
KPDN pantau aktiviti pencatutan elak kenaikan harga barang susulan pelarasan gaji
KPDN akan memantau aktiviti pencatutan dengan segera bagi mengelakkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan susulan pengumuman pelarasan gaji melalui pengenalan SSPA.
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM dorong murid tamat persekolahan
Keputusan kerajaan untuk meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada SPM menjadi pendorong kepada murid untuk menamatkan persekohan.
Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
AWANI Borneo [16/08/2024] - Pelarasan gaji penjawat awam | Miskin tegar Sabah | Sambutan Kemerdekaan Indonesia ke-79
Tumpuan Awani Borneo 16 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Shafie Apdal dakwa kerajaan Sabah beri naratif palsu berkaitan miskin tegar
2. Kemerdekaan Indonesia Ke-79 julung kali ke IKN
3. Sarawak ikut kerajaan persekutuan laras gaji dengan dua fasa
1. Shafie Apdal dakwa kerajaan Sabah beri naratif palsu berkaitan miskin tegar
2. Kemerdekaan Indonesia Ke-79 julung kali ke IKN
3. Sarawak ikut kerajaan persekutuan laras gaji dengan dua fasa
Lapan lelaki ditahan kes bunuh, cederakan lelaki di Bedong
Lapan ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pekerja cuci kereta dan seorang pengawal keselamatan yang cedera parah selepas diserang.
Rakan Lim Guan Eng janjikan tanah untuk kajian kemungkinan terowong - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Guan Eng, memberitahu mahkamah syarikatnya dihimpit masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari sumber dana lain.
Jokowi tekan pembangunan ekonomi, infra dalam ucapan terakhir
Jokowi berkata dalam tempoh 10 tahun beliau memimpin negara, pentadbirannya mengawal inflasi, mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan tegar, dan membina infrastruktur baharu di bahagian Indonesia yang sukar dicapai dan dengan sumber terhad.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat MPN Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.
Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19
Lyles terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 200m, dengan emas menjadi milik atlet Botswana, Letsile Tebogo.
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19
Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa.
Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.
Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral
Kevin O'Connor berkata gejala yang dialami presiden itu mempengaruhi sistem pernafasannya.