KUALA LUMPUR: Tiada lagi alasan untuk mendaftar untuk vaksinasi apabila kini aplikasi MySejahtera sudah membolehkan pendaftaran nama tanggungan, khususnya mereka yang berdepan cabaran teknologi.

Kata pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah, inisiatif ini amat baik ketika negara berusaha mempercepatkan dan memperluaskan usaha vaksinasi kepada seluruh rakyat sebagai perisai menangkis virus COVID-19.

“Kita sudah boleh tolong mendaftar kepada waris kita sama ada anak, isteri, ibu, ibu mertua, atuk atau ahli keluarga yang kata sukar untuk akses internet, atau mungkin telefon tidak canggih.

“Pendaftaran ini penting supaya kita dapat susun sebaik mungkin. Kalau tak daftar, sukar untuk kita lancarkan usaha ini,” katanya.

Setakat 22 Mac 2021, sudah lebih 6.3 juta individu telah mendaftarkan diri untuk vaksinasi, dengan perkembangan nasional pada 26.12 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.

Daripada jumlah itu, lebih 400,000 sahaja sudah divaksinasi dalam Fasa 1 yang bermula sejak ketibaan vaksin di negara kita hampir sebulan yang lalu.

Jadi adakah ini perkembangan yang baik?

Kata Dr Suhazeli, ia sebenarnya sudah melepasi separuh malah sekitar 70 peratus daripada yang disasarkan untuk Fasa 1 yang diunjur oleh kerajaan.

Tonton temu bual penuh beliau bersama hos Nazri Kahar dalam Agenda AWANI, di sini:


Agenda AWANI: Kelancaran program vaksinasi COVID19