KUALA LUMPUR: Sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan Amerika Syarikat (AS) dijadual tiba hari ini.

Penghantaran bekalan vaksin itu dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang.

Jumlah berkenaan merupakan daripada kumpulan awal 80 juta vaksin buatan Amerika Syarikat yang dijanjikan oleh pentadbiran Joe Biden bulan lalu untuk perkongsian global.

Sumbangan ini akan membantu meningkatkan proses vaksinasi di Malaysia.

Selain itu ia juga disifatkan sebagai satu perkembangan bermakna terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan.

Selain sumbangan vaksin daripada kerajaan AS, Malaysia turut menerima satu juta dos vaksin AstraZeneca yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun pada Khamis lalu.

BACA: Agong zahir penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas sumbangan vaksin

BACA: Sumbangan vaksin: Malaysia zahir penghargaan kepada Jepun

BACA: Vaksin COVID-19: AstraZeneca sumbangan kerajaan Jepun tiba hari ini