KUALA LUMPUR: Sebanyak 15,613,982 individu dewasa atau 66.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,948,364 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,224,510 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,848,270 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,945,627 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sejumlah 1,305,766 individu atau 36.8 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).
Sebanyak 31,595 dos vaksin telah diberikan semalam meliputi 13,054 dos pertama; 890 dos kedua dan 17,651 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,675,263.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 34 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor dan Kedah mencatatkan jumlah kematian tertinggi masing-masing enam kes, diikuti Selangor lima kes dan Perak tiga kes.
Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu masing-masing merekodkan dua kes manakala Kelantan dan Melaka masing-masing satu kes.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,848,270 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi. - Foto fail/BERNAMA
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Manchester City
Lanjutan kontrak itu menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Jumlah pemegang sijil halal pengusaha perniagaan meningkat
Setakat 10 november, sebanyak 1,926 syarikat yang mewakili 10,814 premis makanan sudah menerima sijil halal melalui skim premis halal.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
'Piecemeal' lewat terima bayaran isu terpencil - RTM
Isu kelewatan bayaran perkhidmatan seorang pekerja sambilanĀ (piecemeal) Jabatan Penyiaran (RTM) yang tular ketika ini di media sosial ialah isu terpencil.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan ituĀ dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan ituĀ dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Veteran ATM meninggal dunia ketika hadiri majlis di MAEPS
Md Abadi meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar 2.30 petang, menurut kenyataan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Seorang pelanggan Netflix memfailkan saman tindakan kelas terhadap gergasi penstriman itu berhubung isu teknikal semasa pertarungan Mike Tyson-Jake Paul.
Saman itu difailkan Ronald "Blue" Denton di Mahkamah Negeri Florida awal minggu ini.
Saman itu difailkan Ronald "Blue" Denton di Mahkamah Negeri Florida awal minggu ini.
38 terbunuh diserang lelaki bersenjata di Pakistan
38 terbunuh manakala 29 yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka diserang lelaki bersenjata di Pakistan pada Khamis.
Menurut seorang pegawai tempatan, Nadeem Aslam Chaudhry insiden itu berlaku ketika mereka melalui sebuah kawasan pedalaman ketika dalam perjalanan ke Peshawar.
Menurut seorang pegawai tempatan, Nadeem Aslam Chaudhry insiden itu berlaku ketika mereka melalui sebuah kawasan pedalaman ketika dalam perjalanan ke Peshawar.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.