KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 16 Ogos adalah 501,776 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, daripada jumlah itu 175,874 adalah penerima dos pertama.

Manakala 325,902 adalah penerima dos kedua.

Selangor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 13,000 dos bagi dos pertama dan lebih 82,000 dos kedua.

Ini diikuti Johor, dengan lebih 30,000 dos pertama manakala dos kedua pula melebihi 40,000.




Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 28,312,631 dos.

Secara keseluruhannya, 73.7 peratus atau kira-kira 17.25 juta penduduk negara ini sudah menerima satu dos vaksin, manakala 47.2 peratus penduduk, atau 11 juta penduduk sudah lengkap menerima dua dos vaksin.