KUALA LUMPUR: Mungkin ada dalam kalangan kita yang mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat sejauh mana kesan vaksin terhadap tubuh manusia sebelum mereka membenarkannya disuntik masuk ke dalam tubuh sendiri.
Memang setiap orang ada hak untuk berbuat demikian, namun pada waktu ‘perang’ yang mendesak begini, kita tidak patut membuang masa.
Percayalah, setiap jenis vaksin yang dibawa masuk dan sedia untuk diagihkan kepada umum telah pun diuji dan disahkan keberkesanan serta keselamatannya.
Untuk kesekian kalinya, Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM), Dr Akhmal Yusof menekankan berhubung perkara tersebut.
“Semua vaksin ini menjalani penyelidikan yang sangat telus dan telahpun diuji serta dikaji pada masyarakat yang berbeza, juga diiktiraf oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang menilai keberkesanan dan juga keselamatannya.
“Walaupun berbeza tentang keberkesanannya antara satu vaksin dengan vaksin yang lain, ia memenuhi piawaian minimum yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Jadi tak perlulah kita ragu-ragu lagi,” tegasnya.
Ketika artikel ini ditulis, sudah 1.78 bilion manusia telah divaksinasi di seluruh dunia dan kesannya secara kolektif terlihat di negara-negara yang sudah mencapai imuniti kelompok.
Dr Akhmal memberi contoh di United Kingdom (UK) yang menyaksikan penurunan kes jangkitan dan kematian daripada lebih 1,000 kepada hanya satu digit angka kematian sehari selepas lebih 36 juta populasinya divaksinasi.
“Alangkah eloknya kalau benda yang sama berlaku di Malaysia.
“Jadi pada pandangan saya, walaupun keberkesanannya berbeza, tapi hasil daripada vaksinasi itu amat penting kerana ia melindungi diri dan kita semua.”
Pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah bersetuju dengan kata Dr Akhmal, di mana beliau berkongsi maklumat beberapa negara yang sudah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) susulan kelancaran proses vaksinasi mereka.
"Kita amat rugi sekiranya masih terus mahu tunggu dan lihat kerana masa semakin suntuk dan virus semakin berupaya untuk berubah sifat menjadi lebih dahsyat.
“Saya risau sebab sepertimana dilapor Bloomberg, kajian mereka mendapati dengan jumlah suntikan vaksin sehari di Malaysia, kita akan mengambil lebih kurang 5.8 tahun (untuk capai imuniti kelompok).
“Beberapa negara sudah boleh tidak memakai pelitup muka apabila menghadiri majlis. Itu yang kita nak, kembali kepada suasana normal yang kita rindukan itu.”
Maka dalam hal ini, Dr Suhazeli mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh para pemimpin akar umbi untuk menyambut usaha keras kerajaan dan membawa semangat itu ke masyarakat di kawasan jagaan masing-masing.
Beliau melihat gerakan itu tidak senyawa, seolah-olah hanya berdegar-degar di peringkat nasional tetapi sendu di peringkat akar umbi.
Datanya ada, terlihat dengan kita masih tidak mencapai sasaran pendaftaran untuk vaksinasi.
Malah yang sudah mendaftar pun entah kenapa tiba-tiba tidak munculkan diri pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.
“Kita lihat bagaimana keadaannya ketika mahu pilihan raya, sanggup pergi ambil orang dari rumah ke rumah untuk pergi mengundi.
“Kalaulah kita terapkan benda yang sama untuk usaha vaksinasi ini, kenapa tidak? Sebab ini semata-mata untuk menjaga nyawa kita semua.”
Pakar perubatan kesihatan awam, Dr Farhan Rusli juga senada dengan dua ahli panel terdahulu.
Beliau yang bertugas di lapangan melihat bahawa segala proses perlu dipermudahkan seringkas mungkin untuk mempercepatkan usaha ini.
Ini sangat penting kerana matlamatnya adalah untuk memasukkan vaksin ke dalam tubuh, itu sahaja.
Maka tak perlu dirumitkan perjalanannya sehingga membuatkan ramai yang tergerak untuk divaksin akhirnya tawar hati dan enggan divaksinasi.
Untuk itu, beliau juga melihat perlunya keterlibatan semua komponen masyarakat untuk sama-sama menggerakkan perjuangan menentang musuh dahsyat yang tak nampak di mata ini.
“Contohnya kita boleh buka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di penempatan terpencil, dan kita berikan mereka vaksin yang tidak memerlukan ‘cold chain’ yang terlalu rumit dan lebih mudah dikendalikan.
“Jadi kita boleh buat dalam dua pendekatan, mereka yang ingin datang kepada kita dan kita pergi kepada mereka.
"Kalau perlu kita pergi dari rumah ke rumah, kita boleh laksanakan kerana apa sahaja yang kita buat matlamatnya untuk memastikan imuniti kelompok tercapai.”
Semuanya ini memerlukan penyatuan.
Pepatah Melayu sudah lama wujud mengatakan ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’, ‘berat sama dipikul, ringan dijinjing sama’, ‘sepakat membawa berkat’.
Bait-bait pesanan yang selama ini hanya bermain di bibir sahaja sebagai penyedap kata, sudah tiba masanya kita benar-benar menghayatinya dan menterjemah semangatnya dalam tindakan kita untuk bersama menuju kejayaan memerangi virus durjana ini.
“Saya merayu kepada ketua-ketua komuniti, para pemimpin, ahli-ahli politik - buanglah perbezaan fahaman. Pergi terus kepada setiap ahli-ahli qariah, ahli-ahli kawasan, pujuklah mereka untuk dapatkan vaksin.
“Sebab mereka ini telahpun mendapat vaksin dan sepatutnya menjadi contoh yang baik.
"Banyak perbezaan sekiranya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebaiknya.
"Itu sahaja pesan saya,” kata Dr Akhmal.
Tonton temu bual penuh ketiga-tiga ahli panel dalam "Dialog Tiga Penjuru" dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
Israr Khalid
Fri May 28 2021
Ketika artikel ini ditulis, sudah 1.78 bilion manusia telah divaksinasi di seluruh dunia dan kesannya secara kolektif terlihat di negara-negara yang sudah mencapai imuniti kelompok. -Astro AWANI
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Ubah paradigma, proses ajar dan belajar tidak lagi seperti dahulu
Perubahan keadaan semasa perlu disantuni sebaiknya dengan kreativiti para pengajar supaya tidak terikat dengan cara lama untuk memastikan kelangsungan pendidikan generasi masa depan negara.
Vaksin COVID-19: Kalau masih nak tunggu dan lihat, alamatnya...
Tiga doktor di lapangan memperjelaskan mengapa kita akan berdepan kerugian besar sekiranya melambatkan proses mencapai imuniti kelompok dengan keengganan untuk segera divaksinasi.