KUALA LUMPUR : 54.3 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), 77.4 peratus sudah menerima satu dos suntikan.

Perkembangan memberangsangkan itu menyusul selepas 469,690 dos harian diberikan pada 21 Ogos. 

Daripada jumlah itu, 309,898 dos adalah bagi dos kedua manakala 159,792 adalah dos pertama.


Negeri yang terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi adalah Selangor (96,884), Kuala Lumpur (55,706), Sabah (34,134), Johor (31,456) dan Pahang (13,562). 

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin dalam negara melebihi 30.84 juta. 

Bagi peratusan populasi keseluruhan pula, 38.9 peratus (12.71 juta individu) telah melengkpakan vaksinasi mereka dengan 55.5 (18.12 juta individu) peratus lagi sudah menerima satu dos suntikan.