KUALA LUMPUR: Genap 10 hari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan, seramai 99,616 individu dalam kumpulan fasa pertama berjaya divaksinkan setakat 4 Mac 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan jumlah 14,134 individu.

Katanya, negeri kedua tertinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 10,970, diikuti Kelantan dengan jumlah suntikan sebanyak 10,941  individu telah divaksin.

Sementara itu, Perak, Pahang dan Johor masing-masing merekodkan lebih 8,000 berjaya divaksin iaitu masing-masing 8,844; 8,546 dan 8,470.


"Selain itu, negeri yang merekodkan jumlah suntikan dibawah 7,000 pula ialah Selangor iaitu sebanyak 6,483; Kedah (5,171); Pulau Pinang (4,034); Terengganu (4,570) dan Negeri Sembilan dengan jumlah 4,332 indivdiu.

"Negeri yang mencatatkan jumlah melebihi 3,000 pula ialah Melaka dengan jumlah 3,740; Sabah (3,492) dan diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan jumlah sebanyak 2,054 orang.

"Lain-lain negeri masih merekodkan jumlah dibawah 2,000 iaitu Wilayah Persekutuan Labuan dengan jumlah sebanyak 1,939 dan Perlis iaitu seramai 1,896 individu," katanya dalam ciapan di akaun Twitternya di sini, pada Jumaat.

Pada 24 Februari lalu, Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi individu pertama menerima suntikan dos pertama  vaksin COVID-19 selepas melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.