ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) tersenarai dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Asia dalam senarai Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2023.
Naib Canselor UUM Prof Dr Mohd Fo'ad Sakdan berkata dalam tempoh tiga tahun sejak 2021, universiti itu berjaya membuat lonjakan 56 anak tangga sehingga berada dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Asia.
"Pada tahun ini, UUM berada di kedudukan ke-99 berbanding 148 pada tahun lalu dan kedudukan ke-155 pada 2021.
"UUM berkongsi kedudukan kali ini dengan tiga lagi universiti dari luar negara iaitu Jazan University, Arab Saudi; University of International Business and Economics, China dan Cankaya University, Turkiye," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata lonjakan sehingga 56 anak tangga itu adalah hasil usaha dan komitmen warga UUM dalam menjadikan universiti itu sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka serta dalam menjayakan Pelan Strategik UUM.
"Pihak pengurusan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mencipta sejarah manis untuk UUM, terutamanya kepada Naib-naib Canselor sebelum ini, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan semua warga UUM.
"Kedudukan UUM dalam senarai 100 universiti terbaik di Asia ini membolehkan universiti ini bergerak jauh ke hadapan bagi meluaskan lagi jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa, " katanya.
Mohd Fo'ad berkata kejayaan itu juga pastinya tidak mampu dicapai tanpa sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi yang memberi sokongan kepada UUM untuk terus merealisasikan visi dan misi UUM.
THE Asia University Rankings yang dikeluarkan secara tahunan menyaksikan sebanyak 669 universiti seluruh Asia disenaraikan bagi penarafan 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023

UUM berada di kedudukan ke-99 berbanding 148 pada tahun lalu dan kedudukan ke-155 pada 2021. - Foto fail

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

UUM tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia THE
UUM tersenarai dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Asia dalam senarai Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2023.