IPOH: Universiti Teknologi Petronas (UTP) muncul sebagai universiti swasta terbaik dan kedua terbaik dalam kalangan universiti Malaysia, menurut Times Higher Education (THE) Emerging Economies Rankings 2022.
Naib Canselor UTP Profesor Ts Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata universiti berkenaan kini berada pada kedudukan ke-60, melonjak dua anak tangga berbanding kedudukan ke-62 sebelum ini.
Katanya UTP berjaya menyerlah dengan memperoleh markah tertinggi dalam penyelidikan di negara ini dan telah meningkat dengan ketara dalam pemetikan dan skor tinjauan antarabangsa.
Menurut beliau universiti amat berbangga dengan pencapaian ini dan akan terus berusaha untuk meningkatkan kedudukannya.
"Kami berjaya mengukuhkan kedudukan kami dalam kalangan universiti terbaik di negara yang ekonomi yang sedang pesat membangun.
"Pencapaian ini membuktikan usaha gigih dan ketekunan kami dalam menyampaikan komitmen terhadap semua pihak berkepentingan universiti, terutamanya syarikat induk kami Petronas, pelajar, ibu bapa, penaja dan rakan usaha sama," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Edisi 2022 THE Emerging Economies Rankings merangkumi 698 universiti dari negara yang kata dikelaskan oleh Kumpulan FTSE Bursa Saham London sebagai negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang maju, muncul peringkat kedua atau sempadan.
Indikator kedudukan itu menggunakan 13 penunjuk prestasi yang ditentukur dengan teliti dan digunakan dalam semua ranking THE.
UTP juga berada pada kedudukan ke-72 dalam QS Asia University Rankings 2022 dengan peningkatan markah dalam reputasi akademik, pemetikan setiap kertas kajian, kertas kajian setiap fakulti, rangkaian penyelidikan antarabangsa serta pertukaran keluar dan masuk pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 04 2021

Selain muncul sebagai universiti swasta terbaik dan kedua terbaik dalam kalangan universiti Malaysia, UTP juga berada pada kedudukan ke-72 dalam QS Asia University Rankings 2022. - Gambar fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PETRONAS: Tajaan pendidikan realisasi potensi pelajar, lahir modal insan berkualiti
PETRONAS menganugerahkan biasiswa kepada pelajar yang layak menerusi program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP).

Petanda kemelesetan global semakin ketara sekarang, kata Naib Canselor UTP
Dengan data ekonomi utama di seluruh dunia terus mempamerkan prestasi yang lemah di tengah-tengah COVID-19, pakar-pakar menjangka situasi lebih buruk bakal mendatang.

PETRONAS terus komited lahirkan tenaga mahir menerusi tajaan PESP
Ketidakstabilan harga minyak dalam industri minyak dan gas di seluruh dunia tidak menjadi penghalang kepada PETRONAS bagi meneruskan komitmen dalam pelaburan pendidikan.