Peguam P. Uthayakumar hari ini dipenjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menulis sepucuk surat berbaur hasutan kepada bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown enam tahun lepas.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain memerintahkan Uthayakumar menjalani hukuman penjara itu hari ini.
Ahmad Zamzani menjatuhi Uthayakumar hukuman itu selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.
Dalam keputusannya, hakim itu berkata mahkamah memandang serius perbuatan yang dilakukan tertuduh di bawah Akta Hasutan 1948.
Mengikut pertuduhan pindaan, Uthayakumar didakwa menulis sepucuk surat yang berbaur hasutan yang dialamatkan kepada Gordon Brown, yang ketika itu merupakan perdana menteri Britain di 10 Downing Street, London, United Kingdom.
Uthayakumar yang diwakili peguam M. Manoharan, didakwa melakukan kesalahan itu di satu alamat di Jalan Toman 7, Kemayan Square, Seremban, Negeri Sembilan pada 15 Nov 2007, mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon hukuman penjara dikenakan terhadap tertuduh kerana hukuman denda tidak memadai bagi kesalahan itu.
"Tertuduh dengan jelas menghamburkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada kerajaan yang memerintah. Bukan kerana kami menyatakan kerajaan tidak boleh dikritik tetapi kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh dapat mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara," katanya.
Noorin berkata perkataan yang digunakan tertuduh seperti "mini genocide", "ethnic cleansing" dan "Islamic extremist" di peringkat antarabangsa menggambarkan perbuatan jenayah yang sangat dahsyat dan penindasan kaum yang amat kejam.
"Kenyataannya itu telah melampaui had antara kritikan yang sah dengan hasutan dan perbuatannya boleh mencemar perpaduan negara kita yang tidak boleh dipandang enteng," tegasnya lagi.
Noorin berkata tertuduh telah mencemar maruah negara dengan mewar-warkan surat yang ditulis kepada pemimpin luar negara itu di media elektronik yang boleh diakses secara meluas.
Uthayakumar yang kelihatan bersahaja sepanjang prosiding enggan mengemukakan rayuan untuk mengurangkan hukuman walaupun diberi peluang oleh mahkamah.
Tiga saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang perbicaraan bermula pada 2009 manakala pembelaan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh.
Bernama
Wed Jun 05 2013
![Uthayakumar dipenjara kerana tulis surat hasutan kepada Gordon Brown Uthayakumar dipenjara kerana tulis surat hasutan kepada Gordon Brown](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81370426508_295x200.jpg)
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Uthayakumar dipenjara kerana tulis surat hasutan kepada Gordon Brown Uthayakumar dipenjara kerana tulis surat hasutan kepada Gordon Brown](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81370426508_295x200.jpg)
Uthayakumar dipenjara kerana tulis surat hasutan kepada Gordon Brown
Peguam P. Uthayakumar hari ini dipenjara dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menulis sepucuk surat berbaur hasutan kepada Gordon Brown.
![Pemimpin Parti Buruh UK letak jawatan Pemimpin Parti Buruh UK letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/61364346351_295x200.jpg)
Pemimpin Parti Buruh UK letak jawatan
Penggubal undang-undang David Miliband yang kalah kepada adiknya Ed ketika pemilihan pemimpin Parti Buruh mengundurkan diri sebagai MP pada Isnin lepas.