Pengamal media profesional perlu mengutamakan kesahihan maklumat terlebih dahulu berbanding kepantasan menyiarkan sesuatu berita, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Press Institute (MPI) Datuk Chamil Wariya hari ini.
Beliau berkata langkah mendapatkan pengesahan maklumat daripada sumber sebelum menyiarkan berita adalah penting agar tidak berlaku penyebaran maklumat salah kepada orang awam.
"Memang menjadi cabaran sekarang ini, wartawan profesional perlu bersaing dengan wartawan warga (citizen journalist) yang menyiarkan maklumat lebih pantas, namun kesahihan maklumat belum dipastikan.
"Ini menjadi dilema wartawan profesional kini. Terpulanglah sama ada mahu cepat tetapi dengan maklumat salah, atau ambil masa sedikit untuk mengesahkan maklumat sebelum menyiarkan berita," katanya kepada pemberita pada Forum Media Kebangsaan 2015 di sini, pada Selasa.
Pada masa sama, katanya wartawan perlu juga menitikberatkan kepantasan berita dengan maklumat tepat demi menjaga kredibiliti diri dan organisasi yang diwakili.
Bagaimanapun, Chamil berharap khalayak bijak menilai apabila menerima berita dengan cepat tetapi maklumat belum disahkan kesahihannya.
"Khalayak seharusnya memilih berita yang disertakan maklumat sahih daripada sumber media yang boleh dipercayai.
"Ini boleh 'membunuh' cara wartawan warga jika khalayak lebih memilih berita tepat sebelum berkongsi atau menyiarkan semula melalui media sosial atau blog mereka," jelasnya.
Chamil ialah seorang daripada panel forum kali kedua itu, yang bertema 'Hala Tuju dan Masa Depan Kewartawanan di Malaysia' anjuran MPI.
Antara tokoh media lain yang mengambil bahagian pada forum itu ialah Tokoh Wartawan Negara Datuk A. Kadir Jasin dan Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali serta Ketua Dewan Penasihat Persatuan Wartawan Indonesia Tarman Azam.
Forum itu disertai hampir 100 orang pengamal media, ahli akademik dan pelajar komunikasi media.
Bernama
Wed Oct 07 2015
Langkah mendapatkan pengesahan maklumat daripada sumber sebelum menyiarkan berita adalah penting agar tidak berlaku penyebaran maklumat salah. - Gambar fail
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Utamakan ketepatan maklumat bukan kepantasan siar berita - Chamil Wariya
Langkah mendapatkan pengesahan maklumat daripada sumber sebelum menyiarkan berita adalah penting agar tidak berlaku penyebaran maklumat salah kepada orang awam.
Bersih 4.0 mampu pengaruhi keputusan PRU14 - Kadir Jasin
Perhimpunan Bersih 4.0 pada hujung minggu ini mampu mempengaruhi masyarakat untuk menolak BN pada PRU akan datang, kata bekas ketua pengarang kumpulan NSTP Datuk A. Kadir Jasin.
Dapatkan bantuan Interpol untuk kesan Jho Low - Kadir Jasin
Najib perlu memastikan bahawa jawatankuasa yang akan menyiasat perkara itu melakukan tugasnya dengan telus dan bebas kata Kadir Jasin.
PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa
Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin meneliti berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu.
'Media sosial bukan untuk hiburan semata-mata'
Penggunaan media sosial untuk menyebarkan hal remeh dan hiburan semata-mata perlu diubah kepada tujuan yang lebih produktif, kata pengamal media.