Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibentang untuk dibahas dan diluluskan pada Persidangan Dewan Rakyat kali ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Menurut beliau, tarikh sebenar pembentangan usul itu akan ditentukan kemudian selepas perbincangan antara beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. “Pembentangan usul persempadanan semula akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk diperbahaskan dan pengundian akan dijalankan sama ada pengundian secara belah bahagi atau kaedah suara. “Manakala tarikh untuk pembentangan usul berkenaan belum ditentukan kerana terdapat perbahasan titah diraja dan selepas itu ada jawapan oleh menteri-menteri diikuti pembentangan akta-akta baharu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kali ke-25 di sini pada Sabtu. Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang menyerahkan laporan akhir kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri-negeri tanah melayu kepada Perdana Menteri. Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata urusan kajian semula tersebut selesai dijalankan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 113 (10) Perlembagaan Persekutuan. Dengan penyerahan laporan akhir ini, bermakna tugas dan tanggungjawab SPR dalam melaksanakan urusan persempadanan semula selesai seperti ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu. Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut” Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024 1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri 2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama 3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia #awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian. Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini. Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.