Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menawarkan tempat kepada 128 calon pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah iaitu RM3,000 ke bawah dan miskin untuk menyambung pengajian Sarjana Muda melalui kemasukan laluan khas yang disediakan pihak universiti.
Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) USIM, program kemasukan laluan khas kepada isi rumah di bawah RM3,000 ini dikenali sebagai golongan bawah 40 peratus (B40) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk dilaksanakan Universiti Awam (UA).
"Ia umpama memberi peluang kedua kepada kumpulan pelajar ini untuk melanjutkan pengajian di USIM setelah tidak mendapat tawaran ke mana-mana universiti awam selepas keputusan Unit Pusat Universiti (UPU) diumumkan 8 Ogos lalu.
Permohonan kemasukan melalui saluran ini dibuat secara langsung ke BPA melalui borang khas yang disediakan. Calon yang memohon melalui B40 ini bukan sahaja perlu menepati kriteria pendapatan isi rumah yang dinyatakan, malah perlu memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan oleh Universiti untuk dipertimbangkan," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu permohonan diterima untuk melanjutkan pengajian ke USIM melalui saluran B40 amat tinggi apabila secara keseluruhannya sebanyak 703 permohonan diterima dengan 262 permohonan tidak dapat dipertimbangkan kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
"Universiti menyambut baik pelaksanaan program B40 ini kerana ia dapat membantu golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
"Program ini juga merupakan medium pemudah cara bagi pelajar kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran di universiti kerana mereka hanya perlu memohon secara terus menerusi borang yang disediakan," menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu kumpulan pelajar laluan khas B40 ini akan mendaftar pengajian mereka di USIM pada esok hari (Khamis), 15 September bersama kumpulan kedua rayuan iaitu seramai 378 pelajar bertempat di Dewan Tuanku Canselor.
Pada sesi pendaftaran rasmi universiti yang berlangsung pada 29 Ogos lepas, USIM telah menerima 2,067 pelajar baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2016/2017 yang terdiri daripada 577 lelaki dan 1,490 wanita.
Bernama
Wed Sep 14 2016

Permohonan kemasukan ke USIM melalui saluran ini dibuat secara langsung ke BPA melalui borang khas yang disediakan. - Foto USIM
Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan ini hasil rundingan beliau ke Jakarta pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan ini hasil rundingan beliau ke Jakarta pada Februari lalu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM pada Rabu - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.

Cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan kesihatan bersekutu hanya dikenakan jika disediakan di luar premis yang diluluskan
Cukai perkhidmatan hanya dikenakan sekiranya perkhidmatan kesihatan bersekutu disediakan di luar premis yang telah diluluskan pengecualian cukai, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

USIM tawar pengambilan khas pelajar baharu dari keluarga kurang berkemampuan
Program kemasukan laluan khas kepada isi rumah di bawah RM3,000 ini dikenali sebagai golongan bawah 40 peratus (B40) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.