Usahawan Malaysia perlu meneroka potensi perniagaan besar yang ditawarkan China bagi menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, oleh kerana China adalah rakan kongsi perdagangan terbesar Malaysia, adalah penting untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua negara.
Menurutnya, tujuh bidang teras yang perlu dimanfaatkan usahawan Malaysia ialah hartanah dan pembinaan, pertanian, teknologi, perkhidmatan, pembuatan, produk halal serta penjagaan kesihatan.
"Ia adalah peluang besar untuk usahawan tempatan kita dalam era globalisasi dan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).
"Lebih mudah menjalankan perniagaan dengan China yang mempunyai persamaan dengan kita dari segi budaya dan bahasa.
"Dengan pembabitan Malaysia dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, Malaysia akan menyaksikan lebih banyak perdagangan antarabangsa dijalankan di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Usahawan Malaysia-China (MCEC) Ke-7 di sini, hari ini.
Acara tahunan sejak 2011, MCEC adalah platform untuk wakil perniagaan berkongsi prinsip perundingan meluas, sumbangan bersama, pembangunan bersama dan berkongsi manfaat daripada perusahaan.
China terus menjadi rakan kongsi perdagangan terbesar Malaysia selama lapan tahun berturut-turut sejak 2009. Pada 2016 perdagangan Malaysia dengan China meningkat 4.4 peratus kepada RM240.91 bilion.
Dengan pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), Wee berkata, ia akan membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam memanfaatkan penumpuan pertumbuhan eksponen ekonomi internet dan aktiviti e-dagang rentas sempadan.
"Jika syarikat Malaysia kurang kompetitif, kita akan ketinggalan. Pada masa sama, kita juga perlu mewujudkan bakat dan kepakaran kita sendiri kerana kita tidak boleh bergantung kepada pekerja asing," tambahnya.
Selain itu, Wee berkata, DFTZ akan merangsang pelan tindakan e-dagang Malaysia yang diperkenal pada 2016 dengan tujuan menggandakan pertumbuhan e-dagang negara serta meningkatkan sumbangan KDNK kepada RM211 billon menjelang 2020.
"Contohnya, usahawan Malaysia akan menubuhkan syarikat di China untuk menjual aiskrim durian Musang King. Apabila China melihat peluang ini, mereka mahu syarikat Malaysia datang ke negara mereka untuk mereka melabur," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2017
![Usahawan perlu teroka peluang ditawarkan China Usahawan perlu teroka peluang ditawarkan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511623247_DrWeeKaSiong.jpg)
WEE mahu usahawan Malaysia meneroka potensi perniagaan besar yang ditawarkan China bagi menyumbang kepada KDNK. - Gambar fail Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721038261_Turkey.jpg)
Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye
Banyak institusi dan organisasi negara, terutama Majlis Agung Kebangsaan Turkiye, Kompleks Presiden dan Direktorat Polis Wilayah Ankara, dibom.
![Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626266700_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung
Mahkamah memutuskan perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh bekas isterinya.
![Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620636234_LapanganTerbangAnt.jpg)
Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
![Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616363138_MAHKAMAHSPRM.jpg)
Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.
![RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616317612_MuhyiddinYassin.jpg)
RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan amat serius dalam melaksanakan program restorasi hutan terosot di seluruh negara.
![MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616078824_KLIA.jpg)
MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna
MAVCOM menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020.
![Gunung tinggi sanggup aku daki.., padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest Gunung tinggi sanggup aku daki.., padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81526253242_Everest.jpg)
"Gunung tinggi sanggup aku daki..", padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest
Ia selepas satu siasatan dilakukan bagi menentukan kebenaran sama ada mereka benar-benar mendaki gunung tersebut.
![Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71594195099_DrSimKuiHian.jpg)
Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Mengadakan pilihan raya ketika kes COVID-19 masih meningkat hanya akan membahayakan nyawa rakyat Sarawak
![Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601288966_AustraliaFatalRide.jpg)
Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung
Dreamworld didenda RM10.4 juta susulan kematian empat pengunjung yang semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016.
![Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599644347_Rosmahmansorcourt.jpg)
Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal
Datuk Rizal Mansor mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya menubuhkan satu pasukan cybertroopers.