JOHOR BAHRU: Usaha memelihara Bahasa Melayu perlu bersifat holistik melibatkan semua serta tanggungjawab bersama antara kerajaan, swasta dan juga masyarakat negara ini.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata dalam konteks Keluarga Malaysia, ibarat lidi segenggam, kebersamaan untuk menjulang martabat Bahasa Melayu yang menyatupadukan rakyat di negara ini semestinya sangat dituntut.
Beliau berkata selama ini terutamanya di zaman sekarang, ada segelintir lebih cenderung menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan harian.
"Sedangkan, hari ini telah terbukti bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang turut diamalkan oleh bangsa lain di peringkat antarabangsa.
"Kita patut mengubahnya kerana kitalah yang sepatutnya mendokong Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan kita," kata beliau ketika berucap pada malam kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini malam tadi.
Perasmian malam kemuncak itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sementara Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad turut hadir di majlis itu.
Noraini berkata umpama melentur buluh dari rebungnya, pembudayaan ini perlulah bermula di peringkat awal lagi khususnya di rumah dan juga di institusi pengajian ilmu.
Beliau berkata keupayaan peserta luar negara menyertai PABM membuktikan Bahasa Melayu mempunyai daya saing di persada antarabangsa.
Katanya, ia secara tidak langsung menjadi peringatan kepada segelintir masyarakat untuk berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan dengan sempurna.
PABM 2021 mengumpulkan seramai 78 peserta dari 36 negara yang bertanding dalam tiga kategori iaitu pelajar antarabangsa, alam melayu dan pelajar antarabangsa yang telah menetap di Malaysia.
Seramai sembilan finalis berentap di malam kemuncak dalam tiga ketegori itu yang disiarkan secara langsung di TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
![Usaha pelihara Bahasa Melayu perlu holistik, tanggungjawab bersama - Noraini Usaha pelihara Bahasa Melayu perlu holistik, tanggungjawab bersama - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638133850_IsmailSabri.jpg)
Ismail Sabri dan Noraini hadir pada Perasmian Malam Kemuncak Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2021 di Dewan Sultan Iskandar UTM, Johor Bahru, 28 Nov 2021. Turut sama, Hasni (belakang). --fotoBERNAMA
!['Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa' 'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723763122_MangsaKemalangan.jpg)
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Presiden Palestin umum bakal lawat Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis mengumumkan bahawa beliau merancang untuk melawat Semenanjung Gaza, walaupun serangan Israel yang telah membunuh lebih 40,000 orang setakat ini masih berterusan.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Parlimen Thailand putuskan siapa PM baharu
Parlimen Thailand hari ini akan bersidang bagi bagi mengadakan mesyuarat khas memilih seorang Perdana Menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin, Rabu lepas.
![Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723762175_MatthewPerry.jpg)
Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry
Defendan mengambil kesempatan daripada isu ketagihan Perry untuk meraih kekayaan bagi diri mereka.
![Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723756050_MahmoudAbbas.jpg)
Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel
"Saya mengumumkan kepada anda dan dunia bahawa saya telah memutuskan untuk pergi ke Semenanjung Gaza bersama semua pemimpin Palestin."
![Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756932_TokyoJapan.jpg)
Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil
Central Japan Railway Co. batalkan semua perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari pada Jumaat.
![Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723756131_AbangJohari.jpg)
Abang Johari terima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN
Anugerah itu diberikan oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi ASEAN sebagai menghargai kepimpinan Premier Sarawak.
![MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723756219_AnthonyLoke.jpg)
MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
Setakat ini, MOT masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek.
![Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723694795_KemalanganMaut.jpg)
Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak
Siasatan awal di lokasi mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu wanita itu dari arah Kuala Kangsar menuju arah Manong.
![Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723759603_FadillahYusof.jpg)
Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah
Mesyuarat itu merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteri ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
![Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718269988_TBNORAINIAHMAD.jpg)
Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, terutamanya autisme, diminta tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.
![Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635221245_TBNorainiAhmad.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
![Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663415964_norainiahmadberna.jpg)
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
![Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663415964_norainiahmadberna.jpg)
Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO
Noraini menyeru semua pihak agar beri sokongan kepada usaha mendesak proses perundangan timbang tara diperkemas dan diperbaiki.
![Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675665751_RosniSoharWanita.jpg)
Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur
Ujar Rosni, kebanyakan negeri menyatakan sokongan mereka tanpa paksaan kepada Ahli Parlimen Sulong itu untuk terus menerajui Wanita UMNO.
![KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648115616_MenteriPengajianT.jpg)
KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita
Ketika ini bilangan mahasiswi di IPTA adalah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar.
![Menu Keluarga Malaysia di IPT perlu ambil kira kepelbagaian komposisi kaum Menu Keluarga Malaysia di IPT perlu ambil kira kepelbagaian komposisi kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656381947_NorainiAhmad.jpg)
Menu Keluarga Malaysia di IPT perlu ambil kira kepelbagaian komposisi kaum
Satu pelan tindakan yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasa kebajikan siswa.
![Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa - Noraini Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61656348180_NorainiAhmadPorta.jpg)
Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa - Noraini
Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
![Banjir: Peminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan Banjir: Peminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640420782_banjirhululangat.jpg)
Banjir: Peminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara.
![KPT usaha lahir modal insan berkualiti, berkemahiran tinggi - Noraini KPT usaha lahir modal insan berkualiti, berkemahiran tinggi - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608270332_NorainiAhmad.jpg)
KPT usaha lahir modal insan berkualiti, berkemahiran tinggi - Noraini
Usaha diperhebat melalui Agenda Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara.