Dua puluh dua lagi rangka mayat berkafan berjaya ditemui sejak operasi mengali kubur dimulakan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 35.

Bagaimanapun usaha menbawa keluar 22 rangka mayat itu terpaksa menggunakan khidmat helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bomba.

Rangka mayat akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut pakar patologi.

Sehingga kini pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am PDRM masih meneruskan misi menggali serta mengeluarkan lebihan rangka mayat daripada beberapa lokasi lain yang telah dikenal pasti.

Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer.