KOTA MARUDU: Kerja-kerja mendalamkan sungai-sungai di daerah ini sedang dirancang sebagai usaha pihak berkuasa kerajaan tempatan untuk mengatasi masalah banjir bagi tempoh jangka masa panjang di kawasan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau Datuk Wetrom Bahanda berkata ketika ini daripada 15 Pusat Pemindahan Banjir (PPS) yang disediakan di daerah berkenaan, dua PPS masih dibuka iaitu di PPS SK Teritipan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, yang menempatkan seramai 504 mangsa banjir.
Sebagai langkah jangka pendek pula Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri itu berkata, kerajaan negeri sentiasa mengingatkan penduduk setempat supaya bersiap sedia sepanjang masa untuk berpindah ke PPS yang disediakan apabila diarahkan, memandangkan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, terutamanya pada bulan Januari dan Februari.
Sementara itu tinjauan Bernama di lapan kampung yang dinaiki air sejak hujan lebat dua hari lepas mendapati ada beberapa penduduk di kampung berkenaan dilihat tidak menghiraukan paras air yang tinggi, tetap meredah banjir untuk menyelamatkan harta benda yang termampu dibawa.
Seorang penduduk kampung yang terjejas Siti Noratikah Bakar, 28, berkata terdahulu beliau yang bermalam di rumah mentuanya di Kampung Langkon Baru terpaksa kembali ke rumah ibu bapanya di Kampung Popok untuk menyelamatkan barangan di rumah lama mereka yang hampir roboh.
"Saya dengan suami kebetulan bermalam di rumah mentua, tapi apabila ayah beritahu air semakin dalam, kami pulang ke rumah Kampung Popok dekat sini untuk pindahkan barang ke rumah baru," katanya ketika ditemui Bernama semasa sedang berjalan kaki keluar dari kampung berkenaan.
Seorang lagi penduduk Bidin Piling, 55, berkata setiap tahun kampung itu akan ditenggelami air apabila hujan berterusan.
Sebagai persiapan, beliau yang bekerja sebagai nelayan berkata mereka sekeluarga sentiasa bersiap sedia dengan menyimpan dokumen penting di tempat selamat.
Seorang warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) Mail Masuari, 81, yang ditemui di PPS SK Teritipan berkata, beliau bersama empat cucunya dipindahkan ke PPS itu semalam atas arahan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022

Norsiah Osman bersama anaknya Fatimah Abdul Jalil dari Kampung Beliajung antara mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara Banjir di Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Taritipan hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

11 rumah di Teluk Kemang terjejas banjir, satu PPS dibuka
Kawasan Pasir Panjang turut terjejas, dan polis telah memantau serta membantu penghuni berpindah ke tempat selamat.

Melaka mula banjir, 34 kawasan terjejas
Banjir menjejaskan 17 kampung dan 15 taman perumahan di Melaka Tengah serta dua kawasan kampung di Jasin.

Lebih 4,000 penduduk Jakarta dipindahkan akibat banjir
Dua jalan raya utama di bandar itu, Jalan Puri Kembangan dan Jalan Puri Mutiara masing-masing ditenggelami air setinggi 40 sentimeter dan 70 sentimeter.

Lebih 120,000 terjejas akibat banjir di Indonesia
BNPB sedang menyelaraskan usaha bantuan termasuk pemindahan mangsa dan pengagihan makanan.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman itu.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.