Pihak media serta orang ramai diminta supaya tidak terpedaya dengan kenyataan yang dikeluarkan menerusi alamat e-mel liowtionglai15@gmail.com yang menggunakan nama Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pembantu peribadi kepada Liow iaitu Lim Chau Leng berkata Liow yang juga Anggota Parlimen Bentong hanya mempunyai satu alamat e-mel iaitu tionglai@gmail.com.

Beliau berkata oleh itu alamat e-mel liowtionglai15@gmail.com bukan merupakan milik Liow.

"Segala kandungan e-mel penyamar tersebut dan alamat e-mel itu tidak ada kaitan langsung dengan Liow," katanya dalam satu kenyataan Khamis.