Sebanyak 500 emel diterima syarikat penerbangan Rayani Air Sdn Bhd daripada pelanggan yang menuntut pemulangan semula bayaran tiket penerbangan.
Pemiliknya Ravi Alagendrran berkata pihaknya menjangkakan lebih 1,000 emel akan diterima lagi selepas ini selepas hebahan tuntutan semula wang bagi pembelian tiket penerbangan dimuat naik di laman rasmi Facebook 'Rayani Air' dan 'Ravi Alagendrran' sejak Selasa (9 Julai) lepas.
"Apa yang syarikat mahukan, tolonglah beri tuntutan yang betul berserta bukti dan sekiranya berlaku penipuan, pihak kami mempunyai sistem untuk mengenal pasti usaha itu kerana Rayani Air masih menyimpan data pembelian," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata Rayani Air akan membuat pembayaran balik kepada pelanggan yang telah membeli tiket secara tunai secara berperingkat bermula Ogos nanti.
"Mana-mana rekod yang ada dalam simpanan yang kami simpan, ada yang sudah dibayar, malah untuk tuntutan kali ini, kami akan memastikan tidak akan berlaku pertindihan.
"Sebelum ini, Rayani Air ada memberi pulangan tuntutan kepada pelanggan daripada kalangan orang susah dan mereka yang menghadapi masalah kecemasan yang menghantar rayuan peribadi menerusi aplikasi WhatsApp serta Facebook Messenger," katanya.
Beliau berkata masih belum terlambat bagi pelanggan untuk menghantar maklumat kepada pihak syarikatnya melalui emel rayanipaxrefund@gmail.com bagi membuat tuntutan semula.
Katanya antara maklumat yang diperlukan ialah nama penumpang, sektor penerbangan, tarikh dan masa penerbangan, nombor penerbangan, harga tiket, salinan tiket (sebagai bukti) dan nombor akaun bank serta nama pemegang akaun untuk tujuan pembayaran secara dalam talian.
"Pihak pengurusan akan membuat semakan ke atas maklumat yang anda berikan dengan rekod jualan tunai syarikat sebelum bayaran balik dilakukan.
"Apapun, pihak kami menghargai sokongan diberikan kepada Rayani Air selama ini dan memohon kemaafan di atas kekhilafan dan kekurangan selama kami cuba memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," katanya.
Rayani Air merupakan syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang beroperasi berlandaskan patuh syariah bermula pada Disember 2015.
Syarikat penerbangan itu membuat kelainan apabila menetapkan krew kabin beragama Islam diwajibkan menutup aurat, selain mengenakan polisi 'tiada alkohol' dan menyediakan makanan halal serta membaca doa sebelum berlepas.
BACA: Batal penerbangan, penumpang Rayani Air luah perasaan marah di media sosial
Syarikat tersebut juga memiliki 355 kakitangan melibatkan lapan juruterbang dan 50 anak kapal menggunakan dua pesawat Boeing 737-400.
Rayani Air menyediakan perkhidmatan penerbangan secara domestik di lima lokasi membabitkan Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.
Hanya sempat beroperasi hampir setahun sahaja, perancangan meluaskan rangkaian sehingga ke China dan membuka laluan khusus penerbangaan Umrah dan Haji di Mekah tidak kesampaian.
Keadaan itu akhirnya mendapat kecaman hebat apabila penerbangan terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal yang menyebabkan penumpang terkandas.
Pada 9 April 2016, pengumuman dibuat bagi menggantung operasi Rayani Air berkuat kuasa serta-merta.
Pada Jun tahun yang sama, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Operator Udara (AOC) Rayani Air kerana didapati melanggar syarat-syarat ASL dan kurang keupayaan daripada segi kewangan serta pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.
Bangkit atas rasa tanggungjawab, setelah tiga tahun menyepi, April lepas, Rayani Air kembali dengan menyelesaikan bayaran tunggakan gaji terhadap pekerjanya dan kini akan melunaskan tuntutan untuk pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2019
Rayani Air merupakan syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang beroperasi berlandaskan patuh syariah bermula pada Disember 2015. - Gambar fail
Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengeluar China akan pindah pengeluaran ke luar negara elak tarif AS
Pengeluar dari China merancang untuk mempercepat usaha memindahkan pengeluaran ke negara lain bagi mengelak tarif Amerika Syarikat.
China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) merampas 970,707 unit produk kesihatan haram dan mengeluarkan 7,351 penyenaraian produk dari platform e-dagang serta media sosial tempatan tahun lalu, hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi tempatan dan luar negara.
Bomba Pulau Pinang periksa hotel pastikan tahap keselamatan di tahap tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan di hotel-hotel di negeri itu bagi memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi terutama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Misi solidariti damai di selatan Thailand
Editor Astro AWANI, Dr. Azlinariah Abdullah turun padang ke tiga wilayah bergolak di selatan Thailand bagi meninjau semula segala bentuk bantuan yang dihulurkan Malaysia, yang kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, dari segi sokongan serta kerjasama ekonomi, pendidikan dan budaya sebagai komponen penting untuk mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.
Malaysia Kekal Komited Pertahan Ekonomi Terbuka
Kerajaan menegaskan komitmennya untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka dengan mengambil langkah strategik bagi mengimbangi kepentingan negara dalam menghadapi perubahan dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat.
'ASEAN Coin', masih banyak halangan
ASEAN ialah rantau besar dengan ekonomi dan sistem kewangan yang berbeza, menjadikan penyatuan mata wang digital seragam satu cabaran. Menurut Pengurus Besar APAC Luno, Aaron Tang, usaha ini masih di peringkat awal dan berdepan halangan seperti perbezaan dasar ekonomi, kesediaan teknologi, dan keperluan kewangan setiap negara.
Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Jan lepas.
Elon Musk bakal perkenal perkhidmatan emel XMail?
Ia tidak diketahui sama ada Elon Musk benar-benar akan hadir dengan perkhidmatan emel tersendiri atau sekadar idea tanpa perancangan penuh lagi buat masa ini.
Bil air dua bulan sekali melalui pos - Air Selangor
Bermula 1 Julai, pelanggan domestik di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak mendaftar untuk e-bil Air Selangor akan menerima bil melalui pos dua bulan sekali.
Jho Low kawal 1MDB dari belakang bagi laksana mandat Najib - Saksi
Shahrol Azral berkata, emel bertarikh 6 Feb, 2013 yang diterima daripada Jho Low mengandungi deraf surat Annex dengan butiran hasil rundingan antara 1MDB dan Aabar serta nota penjelasan kepada Najib.
Rayani Air terima 500 emel tuntut pulangan bayaran tiket
Pemiliknya Ravi Alagendrran berkata pihaknya menjangkakan lebih 1,000 emel akan diterima lagi selepas ini.
Pihak berkuasa New York siasat Facebook dedah 1.5 juta emel tanpa izin
Satu siasatan berhubung kes pengumpulan maklumat emel pengguna Facebook, tanpa izin terhadap lebih 1.5 juta pengguna laman sosial tersebut.
5 perkara yang perlu dilakukan segera jika Facebook anda digodam
Apa yang anda perlu lakukan jika akaun Facebook anda digodam.
Jho Low tinggalkan Macau - KPN
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya dimaklumkan perkara itu melalui emel yang diterima daripada pihak berkuasa Macau.
LHDNM nafi keluar e-mel notifikasi bayaran balik
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menafikan pihaknya menghantar e-mel notifikasi bayaran balik kepada pembayar cukai seperti yang tersebar di media sosial.
1MDB kesan cubaan palsukan emel
1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia berjaya menghalang cubaan untuk memalsukan emel yang kononnya daripada syarikat tersebut.
Tony Fernandes utus emel menyentuh hati
Antara lain, kandungannya menyentuh tentang perkongsian rasa dukacita dan penghargaan kepada pihak yang memberi sokongan kepada AirAsia.