Tindakan Pejabat Peguam Negara mengheret semula pemimpin muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, dan tiga yang lain hari ini, ke mahkamah mencetuskan tanda tanya di kalangan pengamal undang-undang.
Pertama, ada kekeliruan kerana peruntukan undang-undang yang dipakai untuk mendakwa mereka. -- Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 -- bulan lalu diisytiharkan oleh Mahkamah Rayuan sebagai "tidak berperlembagaan".
Kedua, agak ganjil untuk mengenakan tuduhan yang sama dua kali. Dalam kes Nik Nazmi, ia boleh dianggap jelas pendakwaan dua kali kerana beliau dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan.
Pensyarah dan peguam kanan, Baljit Singh Sidhu berkata, Peguam Negara sepatutnya tidak bertindak "tergesa-gesa" tetapi sebaliknya membawa perkara itu kepada Parlimen.
"Mereka sepatutnya ke parlimen untuk meminda akta itu. Sekurang-kurangnya tunggu alasan penghakiman daripada Mahkamah Rayuan," kata Baljit kepada Astro AWANI.
Amalan sekarang iaitu mendakwa semula, katanya, tidak memberikan imej yang baik kepada Pejabat Peguam Negara.
"Beliau (Peguam Negara) sepatutnya mendakwa bukannya menganiaya," tambahnya.
Menurut Baljit, sekiranya Mahkamah Sesyen yang mendengar kes Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan dua yang lain berhubung akta yang sama melepas tetapi tidak membebaskan tertuduh, ia akan menyebabkan keadaan yang kelam-kabut seperti cerita "yang mana dulu: ayam atau telur?".
"Kalau Peguam Negara terus menerus mendakwa semula, sampai bila hendak habis."
Seorang lagi peguam kanan jenayah berkata Peguam Negara sepatutnya cuba mendapatkan sebuah Mahkamah Rayuan yang lain untuk mengetepikan keputusan terhadap Seksyen 9(5).
"Banyak yang merasakan adalah satu tindakan yang tidak bijak dan tidak munasabah Peguam Negara menggunakan undang-undang yang dianggap "tidak berperlembagaan".
"Tetapi mungkin beliau hanya hendak mencuba nasib.
"Undang-undang itu masih ada, selagi Parlimen tidak memindanya, senjata masih ada di tangan Peguam Negara," kata peguam yang tidak mahu dikenali.
"Tetapi kepada orang ramai, ia memberikan mesej yang salah. Adakah Peguam Negara membazirkan masa mahkamah?"
Teoh El Sen
Fri May 09 2014

Nik Nazmi - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Inspektor polis didakwa curi wang RM300,000, tidak tangkap suspek
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri wang tunai RM300,000.

Majlis Media Malaysia mampu selesai aduan di luar mahkamah, berdasarkan kod etika - Penganalisis
Penubuhan Majlis Media Malaysia boleh mempercepatkan penyelesaian sebarang aduan yang dikemukakan kepada mana-mana pertubuhan media dalam negara.

Bekas CEO Kenaf Trading dan anak didakwa keluar iklan skim pelaburan tidak berdaftar
Jazman Shahar, 53, dan Irfan Hadi, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dan syarikat itu dibacakan di hadapan hakim.

Bekas pegawai penyiasat 1MDB syor siasatan diteruskan susulan lawatan ke Riyadh
Hasil siasatan susulan kunjungan pasukan siasatan 1MDB ke Riyadh pada November 2015 untuk menyiasat ketulenan surat tersebut telah dirujuk kepada AGC.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.