KUCHING: Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) mengambil tindakan tegas dengan membatalkan kontrak kepada kontraktor yang gagal menyiapkan projek pembangunan di bawah seliaannya yang meliputi kawasan Kapit, Kanowit, Song, Belaga dan Bukit Mabong.
Pengerusi URDA, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata sikap kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek itu umpama menganiayai rakyat yang memerlukan pembangunan seperti jalan raya dan bekalan air.
"Itu antara perkara yang dibincangkan dan beberapa syarikat kontraktor telah ditamatkan kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Saya difahamkan mungkin sebelum akhir tahun ini kita boleh tender semula (projek-projek infrastruktur)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurusan URDA, di sini, hari ini.
Nanta, yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Kapit, berkata setakat ini sebanyak 26 projek pembangunan yang telah dirancang di kawasan itu sedang dilaksanakan dan telah mencapai status lebih 60 peratus siap.
"Kita akan terus memberi tumpuan kepada projek pembangunan luar bandar dan menggabungkan lebih banyak program sosioekonomi untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan itu," katanya.
URDA ditubuhkan pada 2017 di bawah di Lembaga Kemajuan Koridor Wilayah Sarawak (RECODA) dan diperuntukkan RM1.5 bilion oleh kerajaan Sarawak untuk melaksanakan 42 projek infrastruktur dan sosioekonomi di kawasan-kawasan terbabit yang terletak di bahagian pedalaman tengah negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Nanta berlkata, sikap kontraktor yang tidak menyiapkan projek itu umpama menganiayai rakyat yang memerlukan pembangunan seperti jalan raya dan bekalan air. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
Projek sekolah perlu siap dalam tempoh, harga ditetapkan - Nanta
Beliau berkata dalam konteks Sarawak, kontraktor yang dipilih bagi projek sedemikian telah menunjukkan prestasi memberangsangkan setakat ini.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
Pembinaan naik taraf jalan ke Pelabuhan Klang guna bahan turapan lebih kukuh - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mencadangkan supaya projek pembinaan dan naik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang menggunakan bahan turapan lebih kukuh.
Projek Fasa Kedua IKMAS mampu ganda bilangan kemasukan pelajar - Nanta
Ia dapat menggandakan kapasiti dan bilangan kemasukan pelajar ke institut pendidikan tinggi itu kepada 550 penuntut berbanding 290 pada masa ini.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara
Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).
Lebuhraya WISE siap 2028, mampu kurangkan 40 peratus kesesakan - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek menelan belanja kira-kira RM6.2 bilion itu dijangka siap pada 2028.