Kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya melibatkan serangkaian guru-guru sekolah dan bukan sindiket jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada guru-guru yang ditahan polis sebelum ini berhubung kes kebocoran itu mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Kita dah tahan beberapa individu dan apa yang diperoleh polis adalah mereka ini terlibat dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah.
Berdasarkan maklumat dari siasatan yang telah dilakukan, ia melibatkan hanya individu tetapi ada kemungkinan rangkaian dalam kalangan mereka untuk beri kemudahan menjawab soalan kepada kumpulan tertentu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Palestin Mej Jen Hazim Atallah di pejabatnya di sini, hari ini.
Menteri itu mengesahkan akan ada lagi tangkapan baharu berhubung kes itu dalam kalangan warga pendidik.
Tangkapan lain ada...tidak libatkan VIP tetapi warga pendidik iaitu guru sekolah dan guru besar dan rangkaian ini dalam kalangan mereka sahaja...kita juga akan siasat sama ada individu yang sama melakukan kebocoran pada tahun-tahun sebelum ini," katanya.
Setakat semalam, polis telah menahan 12 individu terdiri daripada 10 guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera bagi membantu siasatan kes kebocoran kertas peperiksaan itu manakala 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
Sementara itu semasa diminta mengulas tindakan anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang mempertikaikan lagu kebangsaan Negaraku dimainkan di panggung wayang, Ahmad Zahid berkata beliau seharusnya menghormati lagu kebangsaan.
"Adakah dia anggap Malaysia sama taraf dengan komunis...dia sebagai ahli politik biarpun berbeza parti dia patut hormat lagu itu. Dia patut tahu bezakan pegangan politik dan ketaatan kepada negara apatah lagu itu lagu kebangsaan.
Saya sukacita apabila dia tarik balik dan memohon maaf bermakna dia ada kesedaran atas kesalahan yang dilakukannya," katanya.
Chong baru-baru ini didakwa mempertikaikan lagu Negaraku yang dimainkan di pawagam dalam akaun Facebooknya, telah mendapat kritikan pelbagai lapisan masyarakat sehingga membuatkan beliau akhirnya memohon maaf secara terbuka di Facebook dan menarik semula status tersebut.
Bernama
Thu Sep 18 2014
![UPSR: Kebocoran libatkan rangkaian guru-guru, bukan sindiket jenayah - Zahid UPSR: Kebocoran libatkan rangkaian guru-guru, bukan sindiket jenayah - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387093804_295x200.jpg)
Zahid mengesahkan akan ada lagi tangkapan baharu berhubung kes itu dalam kalangan warga pendidik.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024 KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729735604_TBLOGOKPM.jpg)
KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.
![Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736239594_BumbungAxiataArena.jpg)
Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Kebocoran itu berpunca daripada proses penggantian bumbung lama yang telah digunakan sejak 1998.
![Shell tutup unit pemprosesan minyak di Pulau Bukom, Singapura siasat kebocoran Shell tutup unit pemprosesan minyak di Pulau Bukom, Singapura siasat kebocoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/71523631493_RoyalDutchShell.jpg)
Shell tutup unit pemprosesan minyak di Pulau Bukom, Singapura siasat kebocoran
Shell menganggarkan beberapa tan produk minyak yang telah diproses bocor, bersama-sama dengan pelepasan air penyejuk.
![Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726371500_TajMahalIndia.jpg)
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
![Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720942784_ChowKonYeowKetua.jpg)
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
![Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720587093_MasyarakatTionghua.jpg)
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.
![Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626126811_LeeChongWei.jpg)
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
![Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607038064_MEXICOPRESIDENT.jpg)
Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrs Manuel Lpez Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
![Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616776259_enampemancing.jpg)
Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.
![KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614735992_RadziJidin.jpg)
KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk melihat pendekatan terbaik sebelum ia dilaksanakan.