KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) terus cemerlang sebagai universiti paling lestari di Malaysia apabila merangkul kedudukan pertama di negara ini dalam Ranking Universiti Dunia UI-GreenMetric 2021, 12 tahun berturut-turut.
Menurut UPM dalam satu kenyataan pada Rabu, universiti itu juga berjaya meningkatkan kedudukan kepada tangga ke-27 dalam "Top 50 Sustainable Universities in The World" (50 Universiti Lestari Terbaik di Dunia) bagi penarafan berkenaan pada tahun ini dan juga disenaraikan sebagai universiti ketiga terbaik di Asia.
Naib Canselor UPM Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dalam kenyataan itu berkata universiti itu akan terus komited mendukung usaha kelestarian dan menyebarluaskan pengetahuan dengan memfokus kepada pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
"Usaha-usaha kelestarian akan terus dilaksanakan oleh warga kampus dalam menyahut hasrat UPM iaitu "Menggema Seruan Al-Falah Dari Menara Ilmu" dan memastikan Pelan Strategik UPM 2021-2025 mampu dicapai," kata Mohd Roslan.
Penarafan kampus lestari meliputi skop infrastruktur, tenaga dan perubahan cuaca, sisa buangan, air, pengangkutan dan pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
UPM merangkul kedudukan pertama di negara ini dalam Ranking Universiti Dunia UI-GreenMetric 2021, 12 tahun berturut-turut.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Inovasi kereta lumba Putra 1 di FSAE Japan 2024 banggakan Malaysia
Kejayaan Putra Motorsport Team dari UPM cipta sejarah gemilang di pertandingan Formula SAE Japan 2024 buktikan anak watan mampu bersaing di di pentas dunia.
PEKEMA dan UPM bekerjasama, taja biasiswa bagi pelajar B40 cemerlang
Inisiatif tersebut bagi menyokong pelajar cemerlang daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) dalam meneruskan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda.
Tengku Amir Shah dilantik semula sebagai Pro Canselor UPM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik semula Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sebatu bakal jadi pusat projek ternakan ketam
Projek akan dilaksana dengan kerjasama I-AQUAS UPM yang menerima geran bernilai hampir RM1 juta.
UPM anjur Karnival Keterjaminan Makanan hari ini
Ia antara usaha UPM bagi merealisasikan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu ini.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
UPM bakal tubuh Fakulti Veterinar dan Penternakan di Bintulu
Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM bertitah, penubuhan fakulti itu bagi mengukuhkan agenda pertanian dan keterjaminan makanan.
Pelajar UPM, Norazimah satu-satunya wanita diiktiraf pegawai kadet darat terbaik Palapes
Norazimah bersyukur menerima penganugerahan itu walaupun ditauliahkan setahun lebih lewat dari tarikh sepatutnya susulan pandemik COVID-19.
Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan bantu B40 jana pendapatan melalui aktiviti pertanian
PKPK 2023 bertujuan membantu komuniti kategori B40 untuk menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian.
Dua pelajar asing teruja sambut raya di Malaysia
Usama dan Muazu Dantala tetap teruja menyambut Aidilfitri di Malaysia walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga.