PUTRAJAYA: Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang ditangguhkan hari ini, diputuskan untuk dilaksanakan pada 24 Jan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Ia susulan keluhan dan aduan yang diterima berikutan kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terdahulu hari ini, yang menetapkan penjadualan semula kertas Sirah itu pada 23 Jan, katanya.
"Susulan keputusan dan kenyataan Jakim tersebut, pihak saya telah menerima banyak aduan dan keluhan daripada ibu bapa calon-calon UPKK yang bimbang akan kemampuan anak-anak mereka melalui dua ujian dalam masa satu hari pada 23 Jan 2024.
"Atas rasa keprihatinan dengan keluhan dan aduan tersebut, serta atas dasar turut memahami emosi calon-calon UPKK, saya telah mengarahkan supaya Jakim menetapkan ujian bagi mata pelajaran Sirah dibuat pada 24 Jan 2024 (Rabu)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jakim dalam kenyataan terdahulu memaklumkan penangguhan kertas Sirah UPKK03/01 ke 23 Jan (Selasa) atas sebab isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Mohd Na'im berkata beliau telah dimaklumkan oleh Jakim berhubung satu laporan yang diterima bahawa terdapat sebuah pusat peperiksaan UPKK telah secara tidak sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengendalian kertas peperiksaan UPKK.
Berpandukan SOP, katanya pihak Jakim dengan serta-merta telah membuat keputusan segera dan kenyataan media berhubung penangguhan mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualkan hari ini dan telah menetapkan penjadualan semula ujian bagi mata pelajaran tersebut pada 23 Jan, iaitu bersekali dengan ujian bagi mata pelajaran Lughah al-Quran.
"Semoga dengan keputusan ini dapat meredakan keluh kesah dalam kalangan ibu bapa serta calon-calon UPKK dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ujian yang sedang berlangsung bermula 16 Jan," kata Mohd Na'im.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
![UPKK: Kertas Sirah dijadualkan semula ke 24 Jan - Mohd Na'im UPKK: Kertas Sirah dijadualkan semula ke 24 Jan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705482136_TBSPH.jpg)
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang ditangguhkan hari ini, diputuskan untuk dilaksanakan pada 24 Jan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - BERNAMA
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
![Keputusan UPKK Khamis depan Keputusan UPKK Khamis depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712897541_TBUPKK.jpg)
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
![UPKK: Kertas Sirah dijadualkan semula ke 24 Jan - Mohd Na'im UPKK: Kertas Sirah dijadualkan semula ke 24 Jan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705482136_TBSPH.jpg)
UPKK: Kertas Sirah dijadualkan semula ke 24 Jan - Mohd Na'im
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang ditangguhkan hari ini, diputuskan untuk dilaksanakan pada 24 Jan ini.
![UPKK kertas Sirah ditangguh ke 23 Jan UPKK kertas Sirah ditangguh ke 23 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683710345_TBDATUKHAKIMAHMOHDYU.jpg)
UPKK kertas Sirah ditangguh ke 23 Jan
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 23 Jan.
![19,266 calon UPKK tahun 2022 catat 8A 19,266 calon UPKK tahun 2022 catat 8A](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677319402_DatukDrMohdNaim.jpg)
19,266 calon UPKK tahun 2022 catat 8A
Seramai 19,266 calon daripada 234,931 pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 mencatat keputusan 8A.
![Keputusan UPKK Tahun 2022 Khamis ini Keputusan UPKK Tahun 2022 Khamis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678162728_KetuaPengarahJakim.jpg)
Keputusan UPKK Tahun 2022 Khamis ini
Keputusan UPKK Tahun 2022 itu boleh disemak bermula pukul 4 petang pada Khamis.
![Murid duduki peperiksaan UPKK dalam banjir Murid duduki peperiksaan UPKK dalam banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61669899983_TBbanjir.jpg)
Murid duduki peperiksaan UPKK dalam banjir
Video tular memaparkan sekumpulan murid sedang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dalam keadaan banjir di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak di sini berlaku pada petang Rabu.
![Tarikh ujian penilaian kelas KAFA 2022 dipinda - Jakim Tarikh ujian penilaian kelas KAFA 2022 dipinda - Jakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618566729_jakim.jpg)
Tarikh ujian penilaian kelas KAFA 2022 dipinda - Jakim
Tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 Nov depan dipinda kepada 28 Nov hingga 1 Dis berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![UPKK bagi calon 2020, 2021 diganti dengan penilaian sepenuhnya UPKK bagi calon 2020, 2021 diganti dengan penilaian sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632578783_SenatorIdrisAhmad.jpg)
UPKK bagi calon 2020, 2021 diganti dengan penilaian sepenuhnya
Idris berkata Jakim akan memaklumkan kaedah serta tarikh pelaksanaan bagi menggantikan ujian bertulis itu.
![PdPR turut diambil kira sebagai komponen penilaian UPKK - KP Jakim PdPR turut diambil kira sebagai komponen penilaian UPKK - KP Jakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622990375_TBMURIDPDPRx.jpg)
PdPR turut diambil kira sebagai komponen penilaian UPKK - KP Jakim
PdPR turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian UPKK yang dinilai oleh guru KAFA sekolah masing-masing, kata Datuk Abdul Aziz Jusoh.
![Ujian penilaian kelas agama, fardu ain 2020 ditunda tahun depan Ujian penilaian kelas agama, fardu ain 2020 ditunda tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605079742_PelajarMaahadTahfi.jpg)
Ujian penilaian kelas agama, fardu ain 2020 ditunda tahun depan
Keputusan itu dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) setelah mempertimbangkan kepentingan semua pihak.