SHAH ALAM: Upacara penghormatan terakhir buat Pengerusi MCA Selangor Datuk Ng Chok Sin, 55, yang meninggal dunia semalam, akan diadakan di kediaman keluarga mendiang di Sepang hari ini.
Ketua Wanita MCA Selangor Tee Hooi Ling berkata upacara tersebut diadakan mulai pukul 10 pagi hingga 11 malam di No. 179, Kampung Baru, Sungai Pelek, Sepang.
"Upacara persemadian akan diadakan pada Khamis ini (31 Ogos) pada pukul 10 pagi, di lokasi yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama.
Timbalan Pengerusi MCA Selangor Tan Gim Tuan ketika dihubungi mengesahkan mendiang meninggal dunia di kediamannya di Taman Desa, OUG, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 malam semalam.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi hantarannya di Facebook berkata beliau terkejut menerima berita sedih pemergian Ng.
"Ng merupakan anak tempatan Sungai Pelek. Beliau pernah diberi peluang untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek sebagai calon Barisan Nasional pada tahun 2013 dan 2018," katanya.
Wee berkata sepanjang bersama MCA, Ng pernah menjawat pelbagai jawatan dalam parti termasuk Ahli Jawatan Kuasa Pusat, Pengerusi MCA Bahagian Sepang, Setiausaha MCA Negeri Selangor, Timbalan Setiausaha Agung Pemuda dan Bendahari Pemuda MCA Selangor.
"Saya melantik beliau sebagai Pengerusi MCA Negeri Selangor setelah saya memegang jawatan Presiden MCA pada 2018.
"Beliau telah menerima tanggungjawab ini dan seterusnya memainkan peranan untuk menjaga kepentingan rakyat bersama dengan barisan pimpinan MCA Selangor," katanya.
Wee berkata pemergian Ng adalah satu kehilangan besar kepada MCA dan berharap ahli-ahli keluarga mendiang kekal tabah dan kuat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Pemergian Ng disifatkan satu kehilangan besar kepada MCA dan berharap ahli-ahli keluarga mendiang kekal tabah dan kuat. - Gambar/ Bernama
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Upacara penghormatan terakhir Pengerusi MCA Selangor hari ini
Upacara penghormatan terakhir buat Pengerusi MCA Selangor Datuk Ng Chok Sin, 55, yang meninggal dunia semalam, akan diadakan di kediaman keluarga mendiang di Sepang hari ini.