IPOH: Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) berjaya mendapat pengiktirafan akreditasi sementara oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan akan beroperasi pada bulan depan.
Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Datuk Mohd Ali Mansor berkata kelulusan itu sekali gus akan membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasakan agenda keusahawanan khususnya di peringkat institut pengajian tinggi (IPT).
"UKKM menawarkan program daripada peringkat diploma, ijazah sarjana muda sehingga doktor falsafah (PHD) dalam bidang pentadbiran dan keusahawanan, dan selepas selesai proses audit premis oleh pihak Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), satu surat beroperasi sepenuhnya akan dikeluarkan kepada UKKM.
"UKKM akan memulakan sesi pembelajaran pada April bagi peringkat Sarjana terlebih dahulu, manakala untuk pengambilan pelajar peringkat diploma pula, kebiasaannya pengambilan pada September bagi universiti swasta," katanya pada sidang media Program Turun Padang ke Arah Memasyarakatkan Koperasi (MasKop) di sini semalam.
UKKM yang bertaraf swasta ialah hasil gabungan 100 koperasi terbaik negara unutk melahirkan barisan pelapis pemimpin yang kompeten dan profesional berjaya direalisasikan apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi kelulusan pada 28 Mac 2022.
Mohd Ali berkata kecenderungan UKKM lebih kepada bahagian pengurusan, manakala bagi bidang keusahawanan, siswazah yang dilahirkan berupaya menubuhkan koperasi sendiri.
"Kita galakkan supaya koperasi-koperasi memberi peluang kepada anak-anak ahli dan kakitangan mereka memohon agar memberi peluang pekerjaan kepada ahli-ahlinya yang telah mempunyai kelulusan berlatarbelakangkan koperasi.
"IKMa dan UKKM berperanan memberi penerangan kepada bakal pemohon potensi yang ada di universiti ini khususnya dalam bidang koperasi memandangkan ketika ini sangat kurang penglibatan daripada golongan anak muda," katanya.
Beliau berkata sehingga kini, IKMa telah menganjurkan 30 program MasKop dengan penyertaan 6,140 peserta untuk memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap pentingnya peranan koperasi dalam membangunkan ekonomi komuniti dan negara khususnya.
Perak ialah negeri ketiga tertinggi bilangan koperasi dengan 1,694 koperasi dan jumlah koperasi yang beroperasi di seluruh negara melibatkan 15,315 dengan 7 juta ahli, dengan perolehan RM38.49 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Mohd Ali berkata kecenderungan UKKM lebih kepada bahagian pengurusan, manakala bagi bidang keusahawanan, siswazah yang dilahirkan berupaya menubuhkan koperasi sendiri. - Foto FB Institut Koperasi Malaysia
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Ewon Benedick dimasyhur Canselor pertama UKKM
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

UKKM tawar potongan 50 peratus yuran kepada kumpulan pelajar pertama
Kewujudan UKKM menjadi pelengkap peranan sedia ada Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sebagai sebuah institusi pendidikan koperasi.

Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia akan beroperasi bulan depan
Kelulusan itu sekali gus akan membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasakan agenda keusahawanan khususnya di peringkat IPT.

UKKM mula operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).