GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan bagi membantu seorang warga emas Orang Asli mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, di sini semalam.

Pesakit, Alang Angah, 69, dari Pos Hau, terlantar sakit sejak tiga minggu lepas.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata pesakit itu bersama seorang pengiring dibawa menaiki pesawat jenis Agusta Westland AW189 yang berlepas dari Subang pada pukul 9.58 pagi.

"Cuaca sepanjang penerbangan berawan serta berjerebu dan jarak penglihatan yang terhad itu mengambil masa selama dua jam 42 minit sebelum tiba di Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

--BERNAMA