Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencipta sejarah tersendiri apabila menampilkan robot Naseem ketika menyampaikan skrol pada sidang pertama Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA.
Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Sistem Kualiti dan Risiko, Prof Madya Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah, berkata kemunculan robot tersebut mendapat perhatian lebih 1,500 graduan, kakitangan dan ibu bapa yang berada di dalam Dewan Al Muktafi Billah Shah, di sini.
Katanya, robot Naseem telah direka bentuk, dibangun dan diprogram sepenuhnya oleh UniSZA, malah ia amat membanggakan apabila mendapat pujian daripada pelbagai, pihak sejak hari pertama konvokesyen iaitu Isnin lalu, hinggalah berakhir hari ini.
"Ini adalah hasil usaha 'Mechanical, Electronic, Computing and Arts Research Group' (MECCA) iaitu kumpulan penyelidikan yang terdiri daripada lima pensyarah di Fakulti Reka bentuk Industri dan Teknologi (FRIT) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).
"Robot Naseem ini dicetak menggunakan teknologi cetakan 3D dan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk disiapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Engku Fadzli berkata robot tersebut adalah robot ke-3 yang telah dibangunkan oleh MECCA yang merupakan kumpulan rasmi mewakili UniSZA dalam pertandingan Robocon peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Robot berkenaan diberi nama Naseem yang membawa maksud 'Hembusan Bayu Yang Lembut' mewakili lapan nilai teras yang terkandung pada lapan kelopak utama logo UniSZA iaitu asalah Ilmu, Iman dan Akhlak, Amal, Kepimpinan, Koloborasi, Keusahawanan, Transformasi dan Inovasi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 17 2019
![UniSZA cipta sejarah, tampil 'Robot Naseem' dalam majlis konvokesyen UniSZA cipta sejarah, tampil 'Robot Naseem' dalam majlis konvokesyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571308766_RobotUnisza.jpg)
Robot Naseem ini dicetak menggunakan teknologi cetakan 3D dan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk disiapkan. - Foto: FB Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717073475_Talentbank.jpg)
Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.
![Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703315942_TBptptn.jpg)
Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh PTPTN berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam.
![Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709523811_KRIreport.jpg)
Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI
Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.
![Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709521000_TBgradjpg.jpg)
Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI
Ramai yang sanggup menerima pekerjaan tidak mahir dan separa mahir serta bergaji rendah untuk mengelakkan pengangguran.
![TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708823686_TBILPTVETKSM.jpg)
TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
![Kerjasama kukuh dengan industri, kadar kebolehpasaran graduan UNITEN 96.8 peratus Kerjasama kukuh dengan industri, kadar kebolehpasaran graduan UNITEN 96.8 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700931174_UNITENTunAhmadFu.jpg)
Kerjasama kukuh dengan industri, kadar kebolehpasaran graduan UNITEN 96.8 peratus
Libat urus berterusan dengan pihak industri dapat memberi peluang pekerjaan cerah kepada penuntut universiti.
![Graduan perlu progresif kembang potensi diri, manfaat bidang baharu - Tunku Mahkota Kedah Graduan perlu progresif kembang potensi diri, manfaat bidang baharu - Tunku Mahkota Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700555612_TBTunkuMahkotaKeda.jpg)
Graduan perlu progresif kembang potensi diri, manfaat bidang baharu - Tunku Mahkota Kedah
Titah Tuanku Pro-Canselor, dunia kini telah berubah dengan cepat dan banyak industri baharu yang muncul saban hari.
![10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor' 10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700470141_TBsuamiisteridok.jpg)
10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor'
Mohd Akhmarudi dan Musliza dari Bachok, Kelantan berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
![Manfaat AI, jadikan diri lebih berdaya saing - Raja Muda Kedah Manfaat AI, jadikan diri lebih berdaya saing - Raja Muda Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700469839_TBTengkuSarafudin.jpg)
Manfaat AI, jadikan diri lebih berdaya saing - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin bertitah, graduan perlu bersedia untuk memperbaiki diri agar lebih berkeupayaan berbanding AI.
![Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700381120_sultankedah.jpg)
Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah
Baginda percaya UUM boleh memainkan peranan proaktif dalam memperkenal dan melaksanakan perancangan ini.