KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia akan meneruskan usahanya dengan kerajaan baharu Malaysia khususnya dalam isu berkaitan perkahwinan dan penahanan kanak-kanak tanpa ditemani dan dipisahkan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara.
Ketua Perlindungan Kanak-Kanaknya Saskia Blume berkata isu perkahwinan kanak-kanak adalah antara Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang memberi kesan kepada banyak negara, namun berita baiknya ialah kadar perkahwinan kanak-kanak dilaporkan semakin menurun di seluruh dunia.
"Ini membuktikan wujud persefahaman dan momentum global untuk menamatkan perkahwinan kanak-kanak.
"Malaysia turut mengiktiraf perkara ini berdasarkan pelan strategik negara, namun melihat garis masa ke arah mencapai SDG, saya rasa sudah tiba masanya usaha itu dipercepat," katanya.
Saskia berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis pelancaran "Ke Arah Menamatkan Perkahwinan Kanak-Kanak di Malaysia" -- Taklimat Advokasi dalam Bahasa Malaysia pada Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022 di sini pada Isnin.
Beliau berkata Malaysia harus bergerak ke hadapan dalam melaksanakan projek perintis Alternatif kepada Penahanan (ATD) yang bertujuan membebaskan kanak-kanak yang tidak ditemani dan dipisahkan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara.
Malaysia perlu terus melaksanakan komitmen yang diikrarnya apabila menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022 hingga 2024, katanya.
"Walaupun projek perintis itu dimulakan pada Februari tahun ini, namun kemajuannya terbantut sehingga kini.
"Dengan tamat tempoh setahun, kerajaan baharu diharap dapat menjadikan perintis ATD sebagai keutamaan," katanya.
Sehingga 12 Julai tahun ini, terdapat 1,764 kanak-kanak (996 lelaki, 768 perempuan) daripada 17,703 tahanan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara.
Data rasmi Kementerian Dalam Negeri sebelum ini menunjukkan pada Oktober 2020, terdapat 405 kanak-kanak tanpa penjaga yang ditahan di pusat tahanan imigresen.
Perintis ATD yang diketuai bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Dalam Negeri mula diumumkan pada 2019 dan diluluskan Kabinet pada 2021.
Kanak-kanak yang ditahan dalam tahanan imigresen mungkin termasuk kanak-kanak pelarian dan pencari suaka, kanak-kanak migran dan kanak-kanak yang mungkin menjadi mangsa pemerdagangan.
Bertemakan "Strengthening and Enhancing Human Rights Towards Leaving No One Behind", Forum Hak Asasi Manusia setengah hari itu dianjurkan bersama oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan PBB di Malaysia.
Forum yang dijayakan secara hibrid dan penstriman dalam talian itu dirasmikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
![UNICEF teruskan bekerja dengan kerajaan dalam isu perkahwinan dan penahanan kanak-kanak UNICEF teruskan bekerja dengan kerajaan dalam isu perkahwinan dan penahanan kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-01/61580318599_Uniceflogo.jpg)
Menurut UNICEF, Malaysia perlu terus melaksanakan komitmen yang diikrarnya apabila menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022 hingga 2024.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737961536_PalestiniansGaza.jpg)
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
![Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738060610_TBGaza.jpg)
Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata
UNICEF mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak memasuki kawasan itu pada minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan.
![Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737696714_Palestine.jpg)
Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.
![Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735423607_TBGaza.jpg)
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Kira-kira 473 juta kanak-kanak, atau lebih daripada satu dalam enam kanak-kanak, dianggarkan tinggal di kawasan konflik di seluruh dunia.
![Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733060835_gazaUNRWA.jpg)
Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini.
![UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734176745_Muwassicamp.jpg)
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
![PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724483242_TBStephaneDujarric.jpg)
PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa situasi di Lubnan kini mencapai tahap yang lebih buruk berbanding perang 2006.
![Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700687708_CatherineRussell.jpg)
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
![Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729588906_AmarDouglas.jpg)
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral semata-mata, tetapi ia juga adalah satu keperluan ekonomi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728992087_poliovaccine.jpg)
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel