KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melihat semula pendidikan khususnya untuk kanak-kanak paling terpinggir, di mana jua mereka berada.
Wakil UNICEF di Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei Darussalam Dr Rashed Mustafa Sarwar berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan kehidupan kanak-kanak terjejas, mengganggu tabiat kebiasaan dan memberi kesan kepada pendidikan dan kesihatan mental mereka.
"Kita perlu membangunkan dan mengukuhkan pembelajaran digital dan jarak jauh, sambungan Internet, data dan peranti mampu milik serta libat urus supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk masa hadapan.
"Kami mengakui bahawa ini adalah keputusan yang sukar. UNICEF bersedia untuk terus menyokong kerajaan dengan nasihat teknikal dan penyelesaian yang dibuat bersama untuk melindungi masa hadapan setiap kanak-kanak di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ini juga adalah ruang untuk sistem pendidikan di Malaysia dibangunkan kembali dengan lebih baik.
Mengulas mengenai pembukaan semula sekolah pada 1 Mac, Rashed Mustafa berkata UNICEF mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan kerajaan itu kerana ia akan membolehkan pelajar mengakses segala kemudahan seperti sokongan psikososial dan nutrisi selain pendidikan mereka.
"Sekolah adalah 'mikrokosmos' masyarakat, ia ruang selamat untuk semua kanak-kanak. Pembukaan semula sekolah akan membolehkan pelajar mengakses kemudahan ini dan untuk belajar, berhubung dan bermain dengan rakan-rakan mereka semula.
"Semakin lama kanak-kanak ini tidak bersekolah, semakin besar mereka kehilangan pembelajaran dan keburukan kepada kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata sebagai keutamaan, guru-guru dan kakitangan sekolah perlu diberi vaksin COVID-19, sebaik sahaja petugas barisan hadapan kesihatan dan golongan berisiko tinggi divaksin, bagi melindungi mereka daripada virus itu, membolehkan mereka mengajar secara bersemuka dan memastikan sekolah terus dibuka.
Rashed Mustafa berkata UNICEF, bersama-sama agensi PBB yang lain telah mengeluarkan panduan pelbagai sektor untuk membuka semula sekolah dengan selamat dan rangka kerja untuk pembukaan semula sekolah boleh diakses menerusi https://www.unicef.org/sites/default/files/2020-06/Framework-for-reopening-schools-2020.pdf.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021
COVID-19 telah menyebabkan kehidupan kanak-kanak terjejas, mengganggu tabiat kebiasaan dan memberi kesan kepada pendidikan dan kesihatan mental mereka. - Gambar hiasan/ Bernama
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
Thailand sasar sejuta pelajar tercicir kembali ke sekolah
Thailand telah memulakan inisiatif di seluruh negara untuk menangani isu keciciran pembelajaran melalui dasar "Thailand Zero Dropout".
Cadangan elaun penjagaan kanak-kanak sejagat perlu penelitian rapi - KPWKM
Pertimbangan tersebut wajar dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian kedudukan fiskal kerajaan.
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kajian UNICEF: Cadangan gaji minimum RM2,102 akan dipertimbang secara menyeluruh - Rafizi
Cadangan UNICEF agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini akan dipertimbang oleh kerajaan secara menyeuruh.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UNICEF gesa supaya pemindahan untuk merawat kanak-kanak cedera di Gaza ditingkatkan
Kekurangan petugas dan bekalan memberikan kesan negatif terhadap penjagaan yang mereka boleh berikan, terutamanya untuk pembedahan.
Gelombang haba menyebabkan berjuta-juta kanak-kanak di Asia berisiko
Tahun 2024 bakal menjadi tahun paling panas dalam rekod, diburukkan lagi dengan iklim ekstrem dan peningkatan pelepasan gas rumah hijau.