Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia akan mengeluarkan mulai esok kad pengenalan baharu pelarian dengan ciri-ciri keselamatan tambahan.
Langkah itu bagi menangani masalah wujudnya sindiket yang menawarkan kad-kad palsu pelarian berkenaan, kata wakil UNHCR bagi Malaysia, Richard Towle di luar perbincangan pakar meja bulat UNHCR di sini pada Isnin.
Sejak April tahun ini, 154,140 pelarian dan pemohon suaka didaftarkan dengan UNHCR Malaysia, majoritinya dari Myanmar, pada jumlah 139,780.
Sementara itu, bekas menteri luar Tan Sri Syed Hamid Albar, yang menghadiri acara itu, menyifatkan kad pengenalan baharu itu inisiatif bijak.
"Kad lama menimbulkan banyak masalah dan kita harap yang baharu, dengan ciri keselamatan yang dipertingkat, akan membantu pihak yang mengurus pelarian dinegara ini," katanya.
Bernama
Mon Jun 20 2016

Langkah pengeluaran kad baharu itu bagi menangani masalah wujudnya sindiket yang menawarkan kad-kad palsu pelarian berkenaan. Foto ini diambil pada Oktober 2015. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

KDN persoal tindakan UNHCR beri kad pelarian sewenang-wenangnya
Pihaknya berjaya mengesan beberapa warga Indonesia yang didapati mempunyai memiliki kad pelarian yang dikeluarkan UNHCR.

UNHCR Malaysia perkenal kad pengenalan baharu untuk pelarian
Sejak April tahun ini, 154,140 pelarian dan pemohon suaka didaftarkan dengan UNHCR Malaysia.