Undang-undang berkaitan khalwat di Selangor adalah bertujuan untuk mengawal dan mencegah perbuatan zina dan siasatan berkaitannya dibuat berdasarkan aduan orang ramai.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam kenyataan bersama hari ini berkata siasatan yang dijalankan juga adalah mengikut prosedur yang termaktub dalam enakmen tatacara jenayah syariah negeri itu.
"Jadi adalah salah apabila pegawai penguat kuasa agama dituduh mengintip dan menceroboh hak privasi seseorang sedangkan tindakan mereka adalah selaras dengan proses yang termaktub di dalam undang-undang, bukan secara membuta-tuli atau tanpa usul periksa," kata kedua-duanya.
Mereka mengulas dakwaan jurucakap kumpulan bekas pegawai tinggi kerajaan G25, Datuk Noor Farida Ariffin yang mahu penguatkuasaan terhadap mereka yang berkhalwat dimansuhkan kerana ia melanggar hak dan privasi seseorang individu.
Pengerusi MAIS dan Mufti Selangor turut mengingatkan bahawa sebarang kenyataan yang menghina peruntukan undang-undang boleh diambil tindakan dan dikenakan hukuman denda dan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bernama
Fri Dec 18 2015

MOHD TAMYES: Siasatan yang dijalankan juga adalah mengikut prosedur yang termaktub dalam enakmen tatacara jenayah syariah negeri.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Bekas duta besar ke Belanda Noor Farida meninggal dunia
Noor Farida, salah seorang pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25, meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Kuala Lumpur.

G25 gesa batalkan PSI, bertentangan dengan SDG
Projek PSI bukan sahaja akan menjejaskan pantai Pulau Pinang malah turut melibatkan perairan Kedah dan Perak.

Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.

KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25
Penularan isu berkenaan dengan amalan pemeriksaan haid di sekolah sangat mengecewakan, membingungkan dan mengharukan.

Bekas KSU Kementerian Luar Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia hari ini, pada usia 83 tahun.

Seks luar tabii: Keputusan mahkamah selari dengan prinsip kesamarataan - G25
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapatkan perlindungan undang-undang yang sama.

G25 perlu jelaskan laporan JAKIM, MKI tidak ikut perlembagaan - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata dakwaan beliau tidak mempertahankan isu berkaitan islam sepatutnya tidak timbul.

Kami tak minta Jakim dimansuhkan - G25
G25 berkata, mereka menyambut baik pindaan bagi mengiktiraf JAKIM di bawah Perlembagaan.

Pandangan G25 mengenai isu murtad menyesatkan - Mufti Perak
Setelah meneliti kertas kajian G25, 'Administration of Matters Pertaining to Islam', beliau mendapati kandungannya sangat tidak munasabah dan dangkal.

Apa motif G25 persoal penubuhan Jakim - Mujahid
Beliau berkata antara yang telah diperjelaskan dalam dua pertemuan bersama G25 pada Nov tahun lepas dan 2018 adalah mengenai penubuhan, penguatkuasaan dan peruntukan yang diterima Jakim.