PUTRAJAYA: Malaysia masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi supaya tidak mengenakan diskriminasi vaksin bagi individu yang mahu ke negara itu bagi urusan mengerjakan umrah, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
"Kita masih berunding dengan Arab Saudi supaya tidak ada diskriminasi vaksin sebab kita dapati semua vaksin COVID-19 (yang digunakan Malaysia) adalah berkesan dan selamat," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan korporat Keluarga Malaysia di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan hanya menerima empat jenis vaksin COVID-19 iaitu keluaran Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja bagi individu yang mahu ke negara berkenaan.
Pada Julai lepas, negara itu mengumumkan individu yang sudah lengkap dos Sinovac dan Sinopharm diterima masuk ke negara itu dengan syarat menerima dos penggalak yang diiktiraf di Arab Saudi.
Khairy dalam pada itu berkata satu ciri baharu dalam MySejahtera akan disediakan bagi membolehkan individu memohon dos penggalak untuk memenuhi syarat negara lain termasuk bagi urusan mengerjakan umrah atau menunaikan haji.
Khairy sebelum ini memaklumkan individu yang mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin ditetapkan Arab Saudi boleh memohon kepada KKM untuk mendapatkan suntikan penggalak menerusi aplikasi MySejahtera bermula bulan depan.
Pada majlis berkenaan, KKM menerima sumbangan sejumlah 81 unit katil elektronik bernilai RM2 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Program A'fiat TH 2021 bagi menambah keperluan katil unit rawatan rapi (ICU) di beberapa hospital terpilih.
"Sumbangan ini bukan sahaja akan digunakan di unit ICU malah di unit lain yang sama penting bagi menguruskan kes bukan COVID-19 dalam fasa transisi kita keluar dari pandemik ini," kata Khairy yang menzahirkan penghargaan kepada TH atas sumbangan berkenaan.
Menurut menteri itu, sumbangan tersebut merupakan lanjutan daripada Program A'fiat TH 2020 di mana TH menyumbang 57 mesin hemodialisis kepada 42 hospital kerajaan dengan nilai sumbangan hampir RM2 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilapor hanya menerima empat jenis vaksin COVID-19 sahaja bagi individu yang mahu ke negara berkenaan. - Gambar fail/ Reuters
Belanjawan 2025: Kesejahteraan perumahan mampu diberi perhatian, ini anda perlu tahu
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara
Menurut PM isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan dan kerajaan kekal dengan pendirian bahawa ini boleh ditangani secara aman.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Belanjawan 2025 junjung hak rakyat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan Belanjawan 2025 fokus kepada rakyat.
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
TVET_ HRDCorp, Khazanah, GiatMARA, PERKESO turut dipertingkat
Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
KDN, MINDEF masing-masing terima RM19.5 bilion dan RM21.2 bilion
Kata PM, maruah dan kedaulatan negara perlu terus terpelihara daripada sebarang ancaman. Keharmonian dikecapi selama ini tidak boleh diganggu-gugat.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
Pembangunan sukan negara terima RM230 juta tahun depan
RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi dapatkan jurulatih terbaik, ikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran kepada pemain.
Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion tahun depan - PM
Kata PM, Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
RM500 pada guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja & marbut
Ia sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan
Bella juga memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya serta meminta urusannya dipermudahkan.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Jemaah uzur kini boleh lakukan tawaf menaiki kenderaan elektrik
Difahamkan bahawa EV ini telah diperkenalkan sejak permulaan bulan Ramadan dan beroperasi di bahagian bumbung Masjidil Haram.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Tipu jemaah umrah: KPDN heret syarikat pelancongan ke mahkamah
Notis pendakwaan telah diserahkan kepada syarikat yang berpangkalan di Putrajaya itu selepas KPDN melengkapkan siasatan terhadap 88 kertas siasatan yang telah dibuka.