Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disaman oleh dua Ketua UMNO Bahagian Pulau Pinang dan sebuah syarikat pemaju perumahan berhubung dakwaan mereka mengkhianati orang Melayu di negeri itu.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir, yang juga Setiausaha UMNO Negeri, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar, serta Maison Height Sdn.Bhd, memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Jan lepas.
Musa dan Omar, selaku plaintif kedua dan ketiga serta Maison Height, selaku plaintif pertama memfailkan saman melalui firma guaman, Tetuan Abu Bakar As-Sidek dan dokumen writ saman tersebut diperoleh pemberita pada Khamis.
Selain Lim, pihak plaintif turut menamakan TMI Dot Com Sdn. Bhd., (pemilik portal Malaysia Insider), Jahabar Sadiq (editor Malaysia Insider), Mkini Dotcom Sdn. Bhd., (pemilik portal Malaysiakini) dan Stevan Gan (editor Malaysiakini) sebagai defendan pertama hingga kelima.
Peguam Datuk Abu Bakar As-Sidek, yang mewakili kesemua plaintif, memberitahu pemberita bahawa Timbalan Pendaftar, K. Pavani menetapkan 2 April ini untuk pengurusan kes.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Lim telah mengarang sebuah artikel bertajuk 'Pembohongan Umno' dan kemudiannya telah diterbitkan oleh Malaysian Insider pada 27 Nov tahun lepas di bawah tajuk 'Stop Spreading Lies about Penang Government, Guan Eng tells Umno'.
Pada hari berikutnya, Lim sekali lagi didakwa berniat jahat menyebabkan artikel 'Umno made profits by selling Malay kampungs' diterbitkan di portal Malaysiakini.
Plaintif mendakwa tiga artikel tersebut membawa maksud bahawa syarikat Maison Height adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dengan niat menipu dalam transaksi jual beli tanah di Balik Pulau dan mengaut keuntungan daripada hasil jualan tersebut.
Plaintif mendakwa artikel tersebut juga membawa maksud Musa dan Omar telah mengkhianati orang Melayu dan sengaja mengaburi mata rakyat serta tidak boleh dipercayai.
"Perkataan fitnah tersebut adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat hingga terjejas peniagaan, reputasi peribadi.
"Ekoran penerbitan perkataan fitnah itu, plaintif dikecam teruk di media sosial dan media massa," kata plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.
Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan satu injunksi untuk menghalang defendan menyatakan, menerbitkan secara lisan, media cetak atau internet artikel tersebut.
Turut dimohon ialah kos dan perintah bahawa defendan membuat permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar.
Bernama
Fri Mar 20 2015
![UMNO Pulau Pinang saman Guan Eng kerana fitnah - Musa UMNO Pulau Pinang saman Guan Eng kerana fitnah - Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/71418473783_295x200.jpg)
MUSA: UMNO Pulau Pinang saman Guan Eng kerana fitnah - Gambar fail
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![UMNO Pulau Pinang saman Guan Eng kerana fitnah - Musa UMNO Pulau Pinang saman Guan Eng kerana fitnah - Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/71418473783_295x200.jpg)
UMNO Pulau Pinang saman Guan Eng kerana fitnah - Musa
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disaman oleh dua Ketua UMNO Bahagian Pulau Pinang dan sebuah syarikat pemaju perumahan berhubung dakwaan mereka mengkhianati orang Melayu di negeri itu.