Umat Islam perlu menunjukkan sifat mulia agar masyarakat bukan Islam tertarik dengan keperibadian dan ajaran Islam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Justeru, Dr Mahathir menggesa agar amalan negatif seperti tidak bertimbang rasa, mencemuh agama dan bangsa lain, serta bertelagah akibat perbezaan pendapat, disisihkan bagi mencapai matlamat umat Islam sebagai pendakwah.
"Penerimaan orang bukan Islam akan berkurangan, kalau kita pamerkan sikap daif dan gagal dalam kehidupan.
"Kita kena tunjukkan sifat-sifat yang baik, InsyaAllah mereka akan tertarik dengan tingkah laku kita dan percaya kepada ajaran Islam," kata Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan Kali Ke-58, di sini pada Jumaat.
Hadir sama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Setiausaha Agung Kehormat Perkim Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Dr Mahathir juga mahu umat Islam hidup dalam semangat muafakat, dengan tidak terpengaruh dengan sikap mementingkan diri sendiri, sehingga mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat lain.
"Manusia hidup bermasyarakat bukan hidup tunggal, berasingan. Jangan kita terpengaruh dengan perasaan kita hingga cetus huru hara, kerana akan merugikan," katanya.
Beliau berkata betapa ruginya sesebuah negara jika rakyatnya hidup dalam perbalahan, sehingga menyebabkan pihak lain mengambil kesempatan mengeruhkan lagi keadaan.
"Bila bermusuh ada pihak lain akan ambil kesempatan, dengan itu tidak aman negara. Kita kena cekap kurangkan emosi dan bendung rasa benci dan marah dan terima pendapat orang lain," katanya.
Mengenai Perkim, Dr Mahathir mahu pertubuhan itu bergerak sebagai satu pertubuhan yang cergas dalam menjalankan tanggungjawab untuk berdakwah menyampaikan mesej agama Islam kepada seluruh masyarakat.
"Perkim sudah 58 tahun. Peranan Perkim adalah laksanakan dakwah dan angkat martabat Islam.
"Saya berpendapat Perkim mampu laksanakan tanggungjawab, menjayakan misi dengan menumpukan kepada matlamat asal," kata Dr Mahathir.
Sementara itu, Naib Yang Dipertua 1 Perkim Datuk Seri Shahidan Kassim menyambut baik saranan Dr Mahathir menyatu padukan umat Islam, dengan mengikut ajaran Islam dalam erti kata sebenar.
"Kita kena ada pemimpin yang ada usaha satu padukan orang Islam. Inilah masanya, Dr Mahathir sebagai perdana menteri kena jalankan tanggungjawab itu. Beliau perlukan kerjasama semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019
Dr Mahathir bergambar bersama para penerima Anugerah Kecemerlangan pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkim malam tadi. --fotoBERNAMA
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam
Namun, sekiranya perlu, bukan Islam boleh menulis kepada MKI untuk meleraikan sebarang kemusykilan dengan baik.
Rang Undang-undang sekat sebar agama lain kepada orang Islam sedang diusahakan
Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dijangka akan dibentangkan tahun depan.
Melaka nafi ada campur tangan bukan Islam dalam pelantikan jawatankuasa masjid
Pihak kerajaan negeri menafikan urusan umat Islam terutama melibatkan pelantikan jawatankuasa surau dan masjid, akan dicampur tangan oleh bukan Islam.
Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara berkata bahawa Menteri Dalam Negeri boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.
Terengganu tak halang atlet bukan Islam sertai gimnastik, gimrama
Pakaian patuh syariah tidak tertakluk kepada atlet bukan Islam di negeri ini sebaliknya garis panduan tersebut hanya melibatkan atlet Muslim.
Rasuah pengurusan mayat, kakitangan perubatan direman 6 hari
Dua kakitangan perubatan awam direman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
Hadis 40: Jangan hanya baca terjemahan - Ustaz Kazim
Mana-mana pihak tidak seharusnya menilai pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya berdasarkan terjemahan semata-mata tanpa memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM
PPIM menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakin melampau.