KUALA NERUS: Umat Islam di negara ini yang berhasrat melakukan haji secara sendiri atau DIY, diingatkan supaya bersabar dan menunaikan rukun Islam ke lima itu mengikut saluran yang diiktiraf kerajaan Malaysia serta Arab Saudi.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata konsep istito'ah atau kemampuan yang antaranya termasuk aspek kesihatan, kewangan, kemampuan mental dan kuota, perlu dititikberatkan oleh semua umat Islam yang ingin menunaikan haji.
"Kemampuan itu dirujuk juga kepada (sama ada) kita terpilih (atau tidak). Kuota itu juga sebagai istito'ah. Jadi saya mengajak semua untuk fahami makna istito'ah dan bersabar, serta cuba melihat perkara ini supaya mengelakkan daripada kita tertipu mahupun tidak dapat menunaikan (haji)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia Siri MADANI Sesi 8/2024, di Auditorium Mahyuddin di Universiti Malaysia Terengganu, di sini hari ini.
Beliau juga menasihati umat Islam yang ingin melakukan haji DIY supaya merujuk pihak berautoriti terlebih dahulu dan mengikut peraturan kerajaan Malaysia serta Arab Saudi, bagi memastikan mereka dapat menunaikan ibadah itu dengan perasaan tenang, aman dan damai.
Zulkifli berkata walaupun aspek perundangan berkaitan individu menunaikan haji DIY yang menggunakan visa pelancong di luar bidang kuasa kementerian, namun pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya memerlukan sebarang bantuan atau rujukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan (tengah) ditemui media selepas merasmikan Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) di Universiti Malaysia Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.
Malaysia persiapkan ASEAN untuk masa depan berdaya tahan dengan tema Pengerusian 2025
Tema Kepengerusian ASEAN 2025, "Keterangkuman dan Kelestarian" mencerminkan komitmen kolektif rantau ini untuk membentuk masa depan yang saksama dan berdaya tahan.
10 Berita Pilihan - (9 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Belia 4B tawar Mohd Ridhwan calon Presiden Majlis Belia Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding bagi jawatan Presiden dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia ke-73.
Tumpuan Jumaat – 10 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
Bekas presiden MIC Subramaniam bakal terima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman
Bekas presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam bakal menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India esok.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk berbilang budaya dan agama
Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.
Hayati peristiwa Israk Mikraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin
Muhyiddin mahu setiap umat Islam terus mencari kebaikan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan.
Isu Kartel Daging: Harap tiada pilih bulu dalam siasatan polis - PERUJA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta agar menyiasat isu kartel daging sehingga pihak tidak bertanggungjawab disebalik isu itu dibawa ke muka pengadilan.
Umat Islam hilang jati diri, leka berkelahi dan berebut jawatan - Hadi Awang
Mereka lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri.
Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan
Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang dibuka mulai 1 Ogos.
25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.
PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat
Pusat ibadah itu mematuhi SOP yang ditetapkan, selain bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut kapasiti masjid.
Kerajaan sambut baik pendirian Arab Saudi mengenai ibadat haji tahun ini
Langkah tersebut bertepatan dengan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa).
Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.