Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan "telekung yang mempunyai corak berbentuk salib".
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini demi menjaga kesucian agama Islam.
Sambil menyatakan rasa kecewa kerana telekung itu mula dipasarkan di negara ini ketika umat Islam bakal mengerjakan ibadah puasa tidak lama lagi, beliau berkata sejak kebelakangan ini pelbagai taktik digunakan oleh pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam.
"Janganlah kita ghairah membeli kerana tertarik dengan warna dan gaya yang cantik tanpa menyedari corak pada telekung itu tidak mengikut syariah," katanya kepada Bernama di sini hari ini ketika diminta mengulas isu itu.
Beliau juga menasihati peniaga supaya meneliti rekaan telekung yang dijual supaya tidak mengundang kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Telekung mempunyai corak sulaman berbentuk salib di bahagian depan dari paras dagu hingga kelim bawah telekung yang dipercayai dihasilkan di negara jiran kini menjadi viral di laman media sosial.
Bernama
Mon Jun 08 2015
![Umat Islam diingatkan berhati-hati 'telekung salib' - Jainab Umat Islam diingatkan berhati-hati 'telekung salib' - Jainab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81381584898_295x200.jpg)
Jainab berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini demi menjaga kesucian agama Islam. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
!['Siapa bilang Sabah tak membangun?' 'Siapa bilang Sabah tak membangun?'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51522820438_TBSabahMalas.jpg)
'Siapa bilang Sabah tak membangun?'
'Penghinaan' Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Sabah dan Sarawak dianggap sebagai satu 'sandiwara politik', kata Datuk Jainab Ahmad Ayid.
![Umat Islam diingatkan berhati-hati 'telekung salib' - Jainab Umat Islam diingatkan berhati-hati 'telekung salib' - Jainab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81381584898_295x200.jpg)
Umat Islam diingatkan berhati-hati 'telekung salib' - Jainab
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan "telekung yang mempunyai corak berbentuk salib".
![Dapat sijil kelahiran bukan automatik jadi warganegara - Jainab Dapat sijil kelahiran bukan automatik jadi warganegara - Jainab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81381584898_295x200.jpg)
Dapat sijil kelahiran bukan automatik jadi warganegara - Jainab
Pemberian sijil kelahiran kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah tidak bermakna seseorang itu secara automatik mendapat taraf warganegara dan menikmati keistimewaan sebagai rakyat Malaysia.
![Pemilihan UMNO: Kertas undi rosak di Sabah Pemilihan UMNO: Kertas undi rosak di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81381584898_295x200.jpg)
Pemilihan UMNO: Kertas undi rosak di Sabah
Wujud insiden kertas undi rosak di Sabah, melibatkan pemilihan sayap Wanita Sepanggar.